Get $25 free
loading...

Aziz Batu Kitang Seakan Bangga Digelar “Screw” Melayu Oleh DAP

Calon DAP untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebelum ini bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Abdul Aziz Isa dilihat seakan-akan bangga dilabelkan “screw” Melayu oleh DAP dalam ceramah ahli politik DAP, Hew Kuan Yau dalam satu rakaman video.

Video berkenaan turut ditayangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan beliau sebagai Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016, Sabtu lepas.

Dalam video itu, Hew meminta pengundi memberi kemenangan kepada Abdul Aziz di Batu Kitang dengan memberi undi kepada DAP dan bukan kepada PKR kerana kemudian Abdul Aziz dikatakan boleh “screw” orang Melayu supaya lebih menyokong DAP.

Pada PRN itu, Abdul Aziz kalah kepada calon Barisan Nasional (BN) – SUPP Lo Khere Chiang yang mendapat 6,466 undi menang dengan majoriti 1,840 undi. Abdul Aziz yang diramalkan menang hanya mendapat 4,626 undi dan pesaingnya dari PKR, Voon Shiak Ni hanya mendapat 883 undi.

Soalnya, beliau dilihat begitu bangga menjadi duri dalam daging kepada bangsa Melayu di Sarawak kerana masih berdiam diri tanpa memberikan sebarang reaksi selepas tayangan video berkenaan.

“Kita mesti bagi Aziz menang di Batu Kitang… Aziz mungkin jadi ADUN Melayu pertama DAP di Sarawak.

“Mungkin akhirnya selepas 36 tahun, DAP akan ada ADUN Melayu di Sarawak.

“Supaya Aziz boleh “screw” puak Melayu sendiri,” kata Hew dalam video berkenaan.

Selain video berkenaan, Najib turut berkongsi tayangan video bahawa Hew menjelaskan bahawa DAP hanya mempergunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja untuk kepentingan politik mereka.

Mereka mempergunakan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan BN.

“Kerana Malaysua sudah jadi “negara ayam”… Kita selamatkan Mahathir, dan gunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kata Hew dalam rakaman kedua.

DAP mempergunakan Dr Mahathir sehingga sanggup bekas Perdana Menteri itu duduk satu meja dan bekerjasama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sehingga sanggup beliau hadir ke Persidangan parti DAP yang diadakan di Shah Alam.

Itulah kerja DAP, Abdul Aziz yang bangga digelarkan “screw” yang melaga-lagakan Melayu, dan mereka mempergunakan pula bekas pemimpin negara untuk menghuru-harakan sistem politik negara. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...