Get $25 free
loading...

Aktivis tak boleh jadi ahli politik baik, kata Tariq pada Anina

Ahli Majlis Tertinggi PPBM itu berkata Anina seorang yang “agresif” dan “sangat konfrontasi”.

tariq-ismail-anina

PETALING JAYA: Aktivis tidak akan menjadi ahli politik yang baik dan ia menyebabkan parti itu kini dalam keadaan kecoh, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tariq Ismail.

“Aktivis selalunya tidak sabar dan tidak dapat melihat sama ada gelas itu separuh penuh atau separuh kosong. Mereka hanya mahu gelas itu diisi semula,” katanya kepada FMT.

Tariq, cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata demikian ketika mengulas mengenai perselisihan dalaman yang berbangkit selepas Anina Saadudin mendakwa beliau disingkirkan daripada jawatan ketua sayap wanita, Srikandi.

Anina, salah seorang daripada 7 ahli pengasas PPBM, mendakwa penyingkiran itu disebabkan skandal mesej seks yang dikaitkan dengannya, dan mendakwa beliau akan kekal dalam parti itu jika pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi presidennya.

“Dia mahu mengaitkan semula dengan skandal seks yang tidak ada kena mengena dengan apa berlaku kepadanya, berkaitan jawatan Srikandi,” kata Tariq.

“Srikandi masih belum ditubuhkan secara rasmi tetapi sudah ada beberapa aduan dari dalam dan luar parti, berkaitan dengan sikap Anina.

“Dia perlu bertenang, tarik nafas panjang dan salurkan ia ke tempat sepatutnya. Kena perlu lepas di media dan bunyi seperti Cik Puan Celupar,” katanya.

Tariq mendakwa ada ahli parti mengadu Anina bersikap “agresif” dan “sangat konfrontasi”.

“Sudah banyak kali dia kata dia seorang pejuang, bukan ahli politik. Maka, dia seorang aktivis yang menjadi terkenal kerana membelasah Umno dan dia akan perjuangkan apa yang dimahukannya.

“Tidak mengejutkan jika ramai merasakan kelakuan itu tidak menyenangkan kerana dalam politik, kami perlu mengetepikan kepentingan diri demi negara. Bagi berbuat demikian, kami perlu dengar daripada semua pihak.

“Ramai yang juga menasihatinya beberapa minggu lalu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan PPBM kini bertukar jadi seperti Umno, Tariq berkata mungkin ia benar di beberapa peringkat, satu perbezaan penting antara 2 parti itu ialah PPBM yang berusia 3 bulan itu membenarkan perbezaan pendapat.

“Tetapi ia perlu dilakukan mengikut saluran yang betul,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...