Sudah berakar umbi dan sudah berumah dan berpohon, tindakan DAP yang menghantui politik negara sedang menuju ke satu kiblat yang songsang dan seterusnya akan menghancurkan satu bangsa yang selama ini menerajui politik tanah air.
Kekuatan Melayu yang mana selama ini tidak mudah digoyah dengan apa cara sekali pun, kini telah berapa ditahap perpecahan yang amat kritikal sehingga ianya menyebabkan kehancuran sebuah bangsa.
Perkara ini telah diluahkan oleh presiden parti dan kegusaran hatinya melihat perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu dewasa ini. Perpecahan yang telah memperlihatkan kepada kita bahawa untuk berkata setia itu amat mudah dan amat sukar untuk dilaksanakan.
Seperti bidalan, yang pergi biarkan pergi, patah tumbuh hilang berganti, hilangnya emas diganti mutiara, apa yang penting saf-saf perjuangan mesti diteruskan dalam apa cara sekali pun. Langkah pejuang tidak pernah mengundur.
Melihat situasi ini, segala pendekatan dikaji secara terperinci, sentuhannya dinilai ada yang disentuh dengan gemalai, itu lah presiden parti UMNO yang begitu unik pendekatannya dalam kepelbagaian cara.
Menyelusuri jalan-jalan ranjau politik YB Presiden, meneruskan legasi pemerintahannya dengan terus memacukan berkongsi hasil negara bersama rakyat, Perkongsian yang tidak pernah dirasai oleh rakyat sebelum ini
Menyingkap sejarah pemerintahan mantan selama 22 tahun, maka semua amat berbangga dengan terbinanya legasi yang mencerminkan kemahsyuran pembinaannya. namun dilihat dari satu sudut yang lain ianya adalah kemegahan untuk si kaya.
Presiden UMNO juga sebagai Perdana Menteri Malaysia melihat in bukan sesuatu yang baik untuk pembangunan bangsa, ketidak seimbangan dalam membina sebuah negara. Maka pelbagai idea difikirkan untuk rakyat.
Sebagaimana biasanya dan resam manusia, sesuatu yang baik itu bukan mudah untuk dilaksanakan, cabaran dihadapi dengan ketabahan, fitnah dilontarkan oleh pelbagai pihak dihadapi dengan doa sehinggakan dirnya sendiri dianiaya.
Apabila kayu hanyut kiambang bertaut, kiambang fitnah terhadap UMNO semakin mencabar, tetapi bertunjangkan kepimpinan Najib Razak , UMNO terus melakar sejarah pembelaan terhadap rakyat tanpa mengira rupa dan warna kulit.
Nikmat dan rahmat yang diberikan Alllah kepada pemerintahan Najib kini telah dapat dirasai oleh segenap warna kulit rakyat Malaysia , dimana sebelum ini rakyat hanya melihat yang tersergam indah tanpa dapat dinikmati dalam kehidupan seharian.
UMNO dalam merintis jalan dan bersama hamparan budi dan terus merintis jalan kesempurnaan kehidupan untuk rakyat. Sekarang rakyat sedang menkmati perkngsian hasil negara yang tidak pernah diimpikan sejak 1980-2003.
Bercakap diatas kertas, dan bercakap dengan pembuktian adalah dua perkara yang berbeza, ini lah yang dilakukan olah Presiden UMNO Najib Razak dalam memastikan segala perancangan untuk rakyat dilaksanakan dengan sebaiknya
Selama 22 tahun rakyat dhidangkan dengan pembinaan mercu tanda yang gah di persada dunia, rakyat melihat dan hanya mengecap dan mengetap bibir untuk menikmati nya, tetapi sekarang tidak lagi, Kerajaan dan rakyat bersama-sama dapat mengimbangi dengan dasar transformasi negara yang mana mahu melihat keseimbangan tahap ekonomi bangsa Melayu dan kaum lain tidak mempunyai jurang yang lebar.
Dalam melihat realiti yang sebenarnya, dasar-dasar yang telah dirancang dan terancang kini telah menunjukan hasilnya dan dinikmati oleh rakyat. Sebagaimananya, yang baik itu terdapat kata celanya, musuh datang dari pelbagai sudut meyerang , namun pertahanan mesti dikukuhkan.
Justeru itu, dibawah transformasi yang dilancarkan oleh kerajaan sekarang, mestilah diteruskan demi memastikan bangsa Melayu terus berada dipersada teraju negara demi hak-hak ketuanan orang Melayu di pelihara di bumi Malaysia.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini