Fuzi Harun berkata Aidi Ismail mungkin tidak mempunyai sebarang agenda apabile mengatakan tiada gangsterisme di negeri itu keranan 97% penduduk orang Melayu.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun cuba menyuraikan kritikan terhadap Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail yang dilaporkan mengaitkan gangsterisme kepada kaum, dengan berkata ia mungkin “tidak disengajakan”.
“Saya bukan mahu mempertahankan beliau, tetapi saya tak fikir beliau berniat begitu apabila mengeluarkan kenyataan itu.
“Mengenali Aidi, beliau tidak bermaksud untuk membuat sebarang kenyataan rasis mengenai isu itu. Cuma gang
“I am not defending him, but I do not think he had the intention (to mean that) when he said it. Yang berlaku hanyalah gangsterisme di Terengganu terkawal,” katanya.
Fuzi berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Unit Tindakan Khas (UTK) di Cheras hari ini, menjawab soalan sama ada Aidi bersalah melakukan pemprofilan kaum.
Menurut laporan Bernama pada Rabu, Aidi berkata tiada sebarang kegiatan gangsterisme di Terengganu kerana penduduknya lebih ramai orang Melayu.
“Di Terengganu, 97 peratus penduduknya adalah orang Melayu dan mereka ini masih menghormati orang yang lebih tua di kampung mereka.
“Mereka hormat ketua kampung, tok imam dan bilal. Budaya hidup seperti ini adalah satu kelebihan yang dapat menghindarkan daripada berlakunya kes-kes jenayah yang melibatkan gangsterisme di Terengganu,” katanya.
Beberapa pihak kemudian meminta Aidi memohon maaf atas kenyatan itu.
Pakar kaji jenayah Universiti Sains Malaysia (USM) P Sundramoorthy berkata gangsterisme merentasi garis etnik dan tidak terhad kepada sesetengah komuniti.
“Gangsterisme bukan sahaja pemerasan atau mengganggu kawasan kejiranan. Ada banyak bentuk gangsterisme termasuk dadah, aktiviti perjudian dan lain-lain,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung DAP P Ramasamy menyifatken penegasan itu sebagai tidak saintifik, tidak logik, berbahaya dan satu bentuk pemprofilan kaum.
Beliau berkata polis tidak patut membuat kenyataan melulu dan tidak rasional seperti itu, dan menggesa Fuzi memecat Aidi dari kedudukan itu jika tiada permohonan maaf.
Ramasamy mempersoalkan sama ada tangkapan dan penahanan orang India atas dakwaan gangsterisme berpunca daripada persepsi dalam kalangan polis bahawa kaum tertentu lebih cenderung terlibat jenayah berbanding kaum lain.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
lagi info di : Gosip Artis Terkini
