Get $25 free
loading...

Zunar Hanyalah Seorang Ahli Politik, Bukan Kartunis

Presiden Kelab Kartunis Malaysia (KKM) Mohd Desa Omar melabelkan Zunar yang melukis kartun untuk mengkritik kerajaan termasuk menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang ahli politik yang menggunakan kartun dan bukan seorang kartunis.

Dalam satu temubual hari ini Mohd Desa yang turut dikenali sebagai Juragan berkata mereka yang boleh melukis kartun ini ada yang menghasilkan karya mengikut tujuan tertentu antaranya untuk menghibur dengan jenaka dan ada juga yang mempunyai agenda-agenda tertentu seperti Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.

“Pada saya Zunar adalah ahli politik… Jika ahli politik lain menggunakan kepandaian dan kemahiran mereka berpidato, mungkin Zunar menggunakan kemahiran beliau melukis.

“Sebagai kartunis, kita semua bersetuju bahawa cara-cara yang kita tonjolkan haruslah berhemah dan kita ada etika kita sendiri, kalau kita melihat cara Zunar melukis, kita melihat beliau bukan seorang kartunis tetapi seorang ahli politik,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian dalam temubual di Pameran Kartun dan Komik Wasatiyyah dan Perjuangan yang diadakan di Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 di ibu negara, hari ini.

5cc391c3-5b77-4652-9a5b-af3887b3e687

7fa782bf-324a-4b90-9154-643f89d19375

Menurut Juragan lagi, ketika belajar untuk menjadi kartunis, mereka kebanyakanya diajar untuk menghibur tetapi ia tidak menghalang seseorang kartunis itu untuk turut sama mengkritik.

“Saya tidak kata bahawa kartun hanya untuk hiburan semata-mata… ada juga kartun yang berbentuk kritikan, tetapi kritikan yang kita berikan bukan kepada individu, contohnya kalau kita hendak kritik kerajaan boleh, tetapi mengkritik dasarnya, pelaksanaannya.

“Kita tidak boleh menggambarkan seorang pemimpin itu begini begitu dan sebagainya hingga boleh menjatuhkan aib seseorang,” katanya.

Zunar merupakan seorang kartunis pro-pembangkang yang menghasilkan karya mengeji Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga mencetuskan kemarahan sesetengah pihak sehingga ada mencetuskan pergaduhan dalam satu pameran beliau di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ekoran itu, dia ditahan reman selama sehari kerana disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 susulan laporan polis yang dibuat Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail.

Norhiesam berkata tindakan Zunar menggambarkan pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan tidak elok, tidak boleh diterima. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...