Get $25 free
loading...

Syamsul Debat Curi Tumpuan Bahas Usul Pada #PAU2016, Menggamatkan Dewan

Kemunculan pakar motivasi yang selalu bersiaran di stesen televisyen Al-Hijrah, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat membahaskan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 kali ini mencuri perhatian para Perwakilan.

Difahamkan ia adalah kali pertama beliau muncul di atas pentas perbahasan bercakap sebagai wakil UMNO Negeri Sembilan.

Beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Seremban membuat pelbagai pesan dan mesej kepada para ahli, perwakilan dan pemimpin UMNO untuk terus memelihara nilai-nilai baik yang sudah sedia ada dalam parti.

Syamsul Amri berkata parti UMNO sudah sampai masa untuk menjadi inklusif (bersama-sama) dan tidak lagi jadi sebuah parti eksklusif dalam erti kata turun padang dan bersama-sama masyarakat.

“Sekarang ini sudah bukan masa kita untuk mengatakan, berapa banyak masjid kita bina? kita kena campur masyarakat, campur rakyat, kita kata berteraskan parti Islam, Subuh tak pernah sampai (masjid),” katanya dalam ucapan bahasnya.

Beliau berkata ada tiga perkara Allah akan tanyakan kepada umat Islam selepas hidupnya ialah berkaitan nikmat, amanah dan silaturrahim.

“Tiga benda Allah Taala akan tanya, pertama nikmat, Macam mana kau guna nikmat kau dulu? Yang kedua Allah akan tanya tentang amanah, kau boleh jaga tak amanah kau? dan yang ketiga Allah akan tanya tentang silaturrahim, jangan sesekali kita memutuskan silaturrahim,” katanya.

Syamsul Amri berkata untuk menyelamatkan UMNO supaya terus kekal relevan, semua pihak di bawah naungan parti mesti melihat kepada tiga perkara yang mempunyai nilai penting.

“Orang UMNO ingat tiga perkara, nak selamat kita dan parti kita buang tiga perkara pertama buang tamak, jangan ambil hak orang, kerana Nabi bersabda orang yang tamak disempitkan lubang kubur sampai berselisih tulang rusuk, tak berbaloi kalau tamak.

“Jangan kita dengki dan syukur dengan apa yang kita ada… Bahagia ini bukan melihat apa yang kita ada tetapi sikap kita terhadap apa yang kita ada.

“Yang ketiga perbuatan kita biarlah melambangkan ketundukan kepada yang bagi nikmat,” katanya.

Semua pihak termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak tertahan tertawa dengan kelucuan ucapan Syamsul Amri yang sudah terkenal melalui program televisyennya.

Bagaimanapun, melihat kepada para Perwakilan yang bersungguh-sungguh mendengar ucapannya, dilihat pada masa akan datang para ahli UMNO akan lebih mengamalkan nilai-nilai baik berkenaan dalam usaha terus memperkasakan UMNO. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...