PETALING JAYA: Salah seorang mangsa tembakan yang tercedera telah menelefon dan memberitahu seseorang bahawa ‘pengawal peribadi naik marah’ sebelum dia menembak mati bosnya yang bergelar Datuk.
Menurut seorang saksi yang membuat laporan polis pada Khamis, dia ternampak seorang lelaki dalam keadaan berdarah di muka dan dahi ketika sedang memandu di
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Dia beranggapan lelaki itu mungkin terlibat dengan kemalangan, dan seterusnya menawarkan pertolongan untuk menghantar ke hospital.
Menurut laporan yang dibuat oleh seorang wanita, ketika dalam perjalanan lelaki tersebut meminta izin untuk menggunakan telefon bimbit miliknya bagi menghubungi ahli keluarga.
Dia kemudian mendengar lelaki itu menyebut ‘pengawal peribadi naik marah” dan ‘tailo’ (bos) sudah mati.
Dia juga turut terdengar lelaki itu memberitahu bahawa pengawal peribadi tersebut telah memukulnya di kepala menggunakan pistol.
Lelaki itu juga turut membuat panggilan kedua dan memberitahu bahawa semua barang-barang dan begnya berada di dalam kereta bos.
Saksi berkata, sebaik sahaja mendengar perbualan tersebut, dia terus menurunkan lelaki itu di sebuah stesen minyak kerana takut.
Kejadian tembak yang berlaku pukul 7.30 malam Khamis menyebabkan tiga orang maut termasuk Datuk, dan empat cedera.
Polis berjaya menangkap seorang suspek penembak yang juga merupakan pengawal peribadi kepada Datuk yang ditembak itu.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini