GABRIEL Paulista memberi penghormatan kepada mangsa nahas pesawat Colombia yang meragut 71 nyawa termasuk pemain bola sepak Chapecoense, kakitangan pasukan itu dan juga wartawan yang membuat liputan.
Stadium Emirates sunyi seketika sebelum pertembungan Arsenal menentang Southampton pada aksi Piala Liga, awal pagi Khamis dengan Gabriel memegang sepanduk yang tertera perkataan ‘Forca Chape’.
Dalam satu video penuh emosi sejurus tamat perlawanan itu, pemain pertahanan Brazil tersebut turut mengimbau kenangan bersama salah seorang mangsa iaitu jurulatih Chapecoense, Caio Junior yang pernah bekerjasama dengannya di Vitoria.
“Ini yang mampu saya lakukan untuk mengucapkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa dan berharap agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
“Saya tahu bukan mudah kehilangan orang tersayang. Saya pernah mengalaminya apabila kehilangan seorang adik dan ia amat menyakitkan,” katanya.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini