Get $25 free
loading...

#PAU2016 : Perwakilan Harap Pemimpin UMNO Sendiri Serahkan BR1M Kepada Rakyat

Para pemimpin UMNO disarankan untuk turun padang dan menyerahkan sendiri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang menerimanya kerana ia adalah antara kaedah terbaik untuk menyantuni rakyat.

Itu adalah ucapan perbahasan dari Perwakilan UMNO dari Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 hari ini iaitu hari ketiga.

Beliau berkata kaedah sekarang iaitu memasukkan wang BR1M terus ke dalam akaun bank penerima dilihat tidak akan dapat meningkatkan kehadiran dan imej UMNO dalam masyarakat.

“Jangan berikan BR1M melalui mesin (mesin pengeluaran wang automatik), mesin tiada perasaan, biar pemimpin UMNO sampaikan dari tangan ke tangan…ini usaha kita dan ini tandanya kita dekat dengan rakyat.

“Inilah caranya, kita turun padang sebelum, semasa dan sesudah pilihan raya seperti mana presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) nak,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO.

Timbalan Ketua Bahagian Kimanis itu turut memberitahu, kewujudan UMNO di Sabah sejak 25 tahun lepas bukan untuk menjajah tetapi untuk menyatupadukan rakyat sambil membangunkan negeri berkenaan.

Sementara itu, wakil Mahasiswa Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni ketika berucap pada PAU berkenaan menyelar pihak yang memperlekehkan pemberian BR1M tetapi pada masa sama turut mengambil pemberian itu apabila layak menerimanya.

“Kalau tak suka BR1M, janganlah hina sebagai dedak, kalau tak nak bagilah saya, BR1M ini amat membantu mahasiswa,” katanya.

Beliau selain itu turut membidas pihak yang gemar menyalahkan kerajaan daripada melakukan ikhtiar dan berusaha sendiri memperbaiki kehidupan dan diri sendiri.

“Saya ni rendah, dilahirkan rendah tak dilahirkan tinggi, saya beli songkok tinggi dan tak salahkan kerajaan,” katanya disahut sorakan para Perwakilan di dalam Dewan Merdeka. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...