Dalam perbahasan tadi, Norrulhuda Marsidin menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan diminta segera mengkaji keperluan pendidikan seksual untuk didedahkan seawal usia di bangku tadika.
Beliau yang merupakan wakil Pergerakan Puteri UMNO berkata, pendididikan berkenaan perlu diajar secara serius memandangkan kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak seperti pedofilia semakin membimbangkan.
Selain itu, kurikulum pembelajaran perlu disesuaikan mengikut peringkat perkembangan awal kanak-kanak sehingga remaja dan juga trend teknologi semasa.
“Pada waktu ini, pendidikan ini tidak diajar secara serius dan perlu dikaji semula supaya memberi kesedaran kepada para pelajar dan sentiasa berwaspada dengan perkara yang terjadi pada diri mereka sendiri” jelasnya ketika membahaskan usul pendidikan dan agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2016.
-pru14.tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
