Setelah tiga hari berlangsungnya Persidangan Agong Umno Malaysia, berbagai ucapan dan semangat baru yang ditunjuk dan diperkatakan oleh para perwakilan dan penghujah diatas pentas, Sorakan dan kata pujian dilontarkan disegenap sudut.
Namun semua itu hanya diatas pentas yang begitu indah sekali, bagaimana pula implimentasi diperingkat lapangan nanti. Adakah perkara yang sama akan berlaku dan berjalan seperti biasa dimana setiap yang hadir akan membawa nya sebagai kenangan.
Dewasa ini BN sedang menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menggugat kestabiln politik yang telah bertapak selama 70 tahun lamanya. Kekuatan cabaran ini seharusnya didokong dengan penuh tanggungjawab oleh sayap-sayap parti yang seharusnya berani kehadapan untuk mendepakan dada yang berilmu.
Sekarang bukan masanya untuk menjadi pemerhati politik dan membiarkan pengerak media bersendirian menongkah cabaran persepsi yang semakin ganas tanpa ada kekangan untuk ditentang. Zaman untuk berada di zon bebas dan selesa sudah berlalu.
Hari in, seharusnya sayap bukan lagi sayap yang dilabelkan sebagai sayap yang tiada nilai pasaran politik. Sebagaimana yang disarankan oleh Presiden UMNO dalam usaha untuk menyekat kemaraan fitnah dan persepsi dengan cara yang terbaik sebagaimana yang disarankn oleh Rasullulah dengan berhemah.
Dalam hal yang demikian, sayap-sayap seharusnya menukar dan mengorak langkah padu mengimbangi corak serangan dengan cara pendekatan yang berilmu. Lupakan seketika soal yang lain. Jika sebelum ini terlalu banyak masa yang dibuang dalam hal-hal yang bukan kepentingan parti.
Cabaran yang diberikan oleh Presiden parti bukan lagi dilihat sebagai satu cabaran didalam dewan semata-mata, malah ianya adalah satu cabaran yang mana untuk pemuda dan puteri mencabar diri dan kekuatan anggota pemuda yang berjumlah hampir 600 ribu dan manakala puteri pula mempunyai kekuatan hampir 400 ribu,
Tidak mustahil jika kekuatan ini bergandingan dan menetapkan hala tuju perjuangan dan mengenalpasti para pejuang dikalangan mereka, maka akan lahirnya satu ketumbukan yang amat kuat untuk mencapai misi dan cabaran Presiden.
Jika tidak ianya bukan sahaja kegagalan puteri dan pemuda, malah ianya akan mengakibatkan satu malapetaka kepada parti dan juga UMNO pada PRU 14 akan datang. Mengolah satu bentuk. pendekatan yang terbaik untuk membawa anak muda kembali menyokong kerajaan dan UMNO.
Cabaran politik masakini bukan sahaja dilihat akan membawa pemuda dan puteri ke lapangan, malah ianya lebih dripada itu, Tindakan yang bijak akan menarik minat generasi muda bersama UMNO, tindakan yang bijak ini juga akan mengukuhkan kedudukan UMNO.
Oleh yang demikian, berfikirlah secara matang pada setiap tindakan, bertindak dengan bijak akan menghasilkan produk yang terbaik. Lihatlah cabaran yang diberikan oleh Presiden itu sebagai satu cabaran yang dilihat sebagai menguji kepimpinan yang sedia ada.
Kegagalan pemuda dan puteri merealisasikan cabaran ini akan mengundang kepada satu malapetaka kepada Agama, Bangsa dan Negara. Mana tidaknya jika kerana kegagalan menarik sokongan muda kepada kerajaan dan ianya akan kegagalan BN untuk memenangi PRU akan datang.
Seharusnya dengan cabaran dari Presiden ini juga menunjukkan betapa wala’ dan kesetiaan yang seharusnya ditunjukkan dan dibuktikan dengan budaya kerja yang terbaik dengan membawa generasi muda kedalam persada sokongan kepada parti yang ditunjangi oleh bangsa Melayu.
Oleh yang demikian apa yang perlu dilakukan oleh puteri dan pemuda untuk membuktikan apa yang dicabar kepada mereka itu satu amanat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
DAP telah melihat kegagalan pemuda dan puteri untuk menerajui golongan muda sekian lamanya, mereka memanipulasikan segalanya, mereka memperlihatkan pemuda dan puteri sebagai organisasi yang tidak lebih sebagai pelengkap parti sahaja dan bukan sebagai sayap yang digeruni.
Melihat kedudukan ini, DAP terus menggunakan pelbagai taktikal untuk melemahkan puteri dan pemuda dengan menyajikan pelbagai isu yang tidak mampu dijawab dan diketengahkan sebagai satu ancaman kepada parti.
Justeru itu, gerakan DAP ini harus disekat oleh kepimpinan pemuda dengan kebijaksanaan dan jati diri yang kuat dan bukan sekadar omongan diatas pentas yang bercahaya.
Persoalannya mampukah puteri dan pemuda menyahut cabaran yang diberikan oleh Presiden untuk membawa generasi muda masuk kembali meyokong UMNO dan BN? Semua ini akan dibuktikan sendiri oleh puteri dan pemuda, mampu atau pun sebaliknya.
Kepada puteri dan pemuda, melahirkan generasi yang terbaik adalah melalui pendekatan yang terbaik dan bukan hanya diatas kertas. Kini ahli UMNO mahu melihat satu gerakan yang dilakukan selepas ini akan membawa BN memenangi PRU14 dengan bergaya kelak.
Persoalannya, mampukah pemuda dan puteri menyahut cabaran Presiden?
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini