Get $25 free
loading...

Gerai Agensi Kerajaan Dan Swasta Turut Meriahkan Perhimpunan Agung UMNO 2016

Selain pengunjung dan para perwakilan, gerai-gerai yang ada di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bilangan gerai-gerai yang banyak turut memeriahkan suasana Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 kali ini.

Gerai-gerai berkenaan adalah dari pihak agensii kerajaan dan swasta menjadi tumpuan bukan setakat oleh Pewakilan dan juga orang ramai datang menjengah majlis perhimpunan parti Melayu terbesar di negara ini.

Pelbagai jenis gerai pameran dari agensi kerajaan selain daripada gerai-gerai yang menjual cenderamata, buku dan banyak lagi yang dibuka kepada para pengunjung yang datang.

Selain itu, apa yang menarik pada perhimpunan kali ini ialah para pengunjung boleh mendapatkan khidmat kesihatan secara percuma di klinik Fakulti Perubatan UITM yang dibuka sepanjang tempoh persidangan ini berlangsung.

Menurut Dr Izzat Ismail yang mengetuai para pelajar Fakulti perubatan UITM, pemerikasaan kesihatan percuma ini dijalankan oleh pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) iti sendiri.

“Seramai 55 orang para pelajar fakulti perubatan yang bersiap sedia untuk menawarkan perkhidmatan serta bertugas memantau pergerakan sepanjang perhimpunan agung ini diadakan.

“Selain memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kami juga bertugas untuk memberi khidmat sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan kesihatan kepada para perwakilan yang hadir dalam perhimpunan kali ini tahap kesihatan jawatankuasa ke perhimpunan ini.

“Skop perkhidmatan kami ini bukan sahaja hanya meliputi pihak VVIP dan perwakilan sahaja tetapi juga untuk para pengunjung yang menghadiri perhimpinan ini. Kami akan membantu memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit ringan seperti yang mengalami penyakit seperti cirit birit,selsema dan pening,” ujarnya.

Selain itu, terdapat gerai-gerai jualan yang menarik disediakan untuk para pengunjung yang berada di Aras 3 dengan menawarkan pelbagai jenis jualan seperti tudung,sampin dan banyak lagi.

Kemeriahan perhimpunan ini ditambah lagi dengan pameran-pameran yang diadakan oleh beberapa agensi seperti Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Pertanian,Hortikultur, Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dan banyak lagi di mana para pengunjung boleh mendapatkan khidmat dan penjelasan secara terus dari pihak kementerian terbabit. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...