Sebenarnya, Cina marah Najib buat kedai 1 Malaysia seluruh negara sebab ganggu peruncitan yang dimonopoli oleh Cina. Malah, mereka sangat marah apabila Najib buat GST kerana mereka tidak boleh menipu sesuka hati lagi. Memang benar semua pringkat merasakan penangan GST tapi yang paling terkesan adalah tauke-tauke besar, pemborong dan pengedar yang ramainya bangsa Cina.
Meskipun, GST boleh dituntut semula dengan kerajaan tetapi mereka mesti mendedahkan semua pekara termasuk pendapatan bersih mereka. Jadi mereka tidak lagi boleh menipu pendapatan mereka. Kalau tidak pasti ramai Cina-Cina yang kaya mengaku miskin memohon semua bantuan disediakan oleh kerajaan.
Dalam pada itu, Najib juga perbaiki gred penjawat awam. Gaji minimum penjawat awam sekarang seribu ke atas. Elaun sara hidup pun dapat. Siapa yang ramai jadi penjawat awam? Dah tentu la Melayu. Oleh itu, DAP kata jika mereka menang nak kurangkan bilangan penjawat2 awam.
Setelah itu, Najib naikkan gaji guru. Siapa guru? Majoriti Melayu. Walaupun guru dikatakan ramai pro pembangkang tetapi kebajikan guru tetap terbela. Senang nak buat pinjaman, beli rumah dan kereta. Kalau dulu guru pakai motor buruk sekarang kereta rumah mahal bergaya. Pakaian ke sekolah macam orang berada.
Bagi askar pula, dulu gaji prebet berapa ratus sahaja. Sekarang gaji prebet sahaja dah beribu. Siapa yang sudi jadi pahlawan perang pertahankan negara? Ramai Melayu juga. Bila dah pencen dapat imbuhan bukan sikit. Walaupun dah pencen setiap bulan duit masuk.
Bagi orang-orang masjid pula termasuk penggali kubur dapat buat haji free bila ada peluang. Pergi kursus imam pun di hotel-hotel yang hebat. Siapa orang-orang masjid ni? Dah tentu Melayulah kann??
Seterusnya, Melayu juga banyak dapat rumah mesra rakyat. Cina yang kaya terpaksa berputih mata. Sebab Melayu yang ada tanah walaupun tak kaya raya terutama di kampong-kampung dan felda-felda. Dapat bantuan baiki rumah dan bantuan rumah PPRT.
Dulunya, sekolah pondok dipandang sepi, kini terbela dengan bantuan dari kerajaan melalui yayasan sekolah pondok. Anak-anak siapakah belajar di sekolah pondok sekolah tahfiiz ni? Anak2 Melayu juga. Orang kata BRIM merupakan gula-gula pilihanraya. Penerima pun kebanyakannya orang Melayu. Orang Cina banyak yang kaya. Dulu mereka boleh menipu pendapatan mengaku miskin tetapi sejak ada GST dah tak boleh mengelak daripada menyatakan pendapatan sebenar.
Seterusnya, pencen pesara naik. Siapa pesara ni?? Kebanyakannya Melayu lah kan? Dulu, ramai orang tak mahu kerja gomen sebab gaji kecil. Nak kerja swasta gaji besar. Namun disebabkan swasta banyak Cina Melayu susah nak naik. Cina yang kuasai ekonomi. Mereka rata-ratanya hanya akan bantu orang-orang mereka sahaja. Kalau Melayu ni gaji kecil.
Kalau orang mereka cakap Inggeris berterabur atau cakap Melayu ke laut pun tak jadi masalah tapi gaji tetap besar. Lagi kurang ajar bila letak iklan kerja mengutamakan bahasa Cina atau diwajibkan fasih cakap Cina. Ingat Cina suka ke pembaharuan yang najib buat secara terang-terang menyebelahi Melayu?
Itu pun macam-macam orang Melayu tuduh Najib. Sedangkan Najib dah buat macam-macam untuk bantu orang Melayu. Tun dulu pun tolong Melayu. Tolong Islam tapi senyap-senyap. Tauke-tauke Cina adalah kroni Tun. Kalau tahu Tun bagi Arwah Nik Aziz beratus ribu atau juta untuk Kelantan dah lama orang Cina tu bergolek atas jalan cakap Tun rasuah Tun tidak jujur.
Namun, ketika itu tiada facebook, tiada tweeter dan sebagainya. Tidak ramai orang tahu tentang isu semasa maka senang kerja-kerja membantu Melayu. Tiada pun Cina yang bising. Tapi Najib sekarang terpaksalah tempuh zaman teknologi dunia tanpa sempadan. Informasi dan maklumat di hujung jari.
Walau bagaimanapun yang peliknya, ramai orang Melayu masih nak tunjuk lagak ikut telunjuk bangsa lain. Mungkin mereka dah senang atau dah kaya raya dan malu nak mengaku bangsa Melayu. Maklumlah sekarang zaman urban konon. Oleh itu, apabila didedahkan perangai dan agenda DAP yang nak hapus hak-hak orang Melayu. Orang Melayu-Melayu ini jugalah yang maki hamun bagi membela DAP dan kata kita rasis. Paling lucu adalah apabila DAP perlekeh Islam dan orang Melayu mereka tidak berani pula berkutik.
Maka fikir-fikirkanlah sendiri siapa kita? Melayu yang mudah lupa atau Melayu yang lupa diri? Ingatlah wahai bangsa Melayu. Sudah banyak kerajaan Melayu lama yang sudah lenyap. Tunggulah giliran kita pula, jika terus-terusan memfitnah dan membuka pekung didada.
-pru14.tv-
lagi info di : Gosip Artis Terkini
