Israel dan Myanmar memmpunyai hubungan akrab ketenteraan selama beberapa dekad.
PETALING JAYA: Beberapa aktivis dan peguam hak kemanusiaan di Israel menggesa kerajaannya menggantung penghantaran bekalan kepada tentera Myanmar disebabkan pelanggaran hak asasi ke atas etnik minoriti di negara itu, lapor portal berita The Irrawaddy.
“Amat memeranjatkan, negara Israel yang bertungkus lumus memastikan sekatan diteruskan terhadap Iran, tidak memperdulikan sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah ke atas Burma yang melakukan jenayah paling buruk,” menurut surat bertarikh Dis 11 kepada unit eksport Kementerian Pertahanan Israel.
Krisis di Myanmar melibatkan puluhan ribu penduduk Islam Rohingya kembali menjadi perhatian dunia selepas keganasan terbaru menyebabkan lebih ramai pelarian di sempadan.
Myanmar tidak mengiktiraf kewarganegaraan penduduk Rohingya yang tertumpu di wilayah Arakan (Rakhine).
Israel dan Myanmar memmpunyai hubungan akrab ketenteraan selama beberapa dekad.
September lalu, panglima tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing bersama pegawai kanan tentera udara lain melakukan lawatan ke Israel.
Mereka juga menziarahi memorial tentera Israel yang mati dalam operasi di Semenanjung Gaza.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
