Get $25 free
loading...

SALAH FAHAM: Ramai Ingat Hak Istimewa Orang Melayu itu dasar-dasar Kerajaan biasa


1. Ramai Melayu hari ini melihat bahawa Hak Istimewa Orang Melayu tu adalah dasar kerajaan kerana nak membantu orang Melayu yg lebih miskin dan susah berbanding bangsa2 lain.
2. Selepas 61 tahun merdeka, terdapat pandangan bahawa telah tiba masanya dasar berkenaan di ubah kepada dasar yg lebih adil dan bersifat inklusif melibatkan semua kaum kerana kaum2 lain juga ada yg miskin dan memerlukan bantuan.
3. Desakan pihak liberalisasi spt di perenggan 2 di atas bukan hanya bermula sekarang malah ianya telah kedengaran sejak tahun 2000 lagi apabila media arus perdana telah bersifat terbuka dan di rancakkan lagi desakan berkenaan dengan kemunculan media sosial.
4. Lama kelamaan, bukan hanya kaum bukan Melayu menyokong desakan berkenaan, orang Melayu seperti di perenggan 1 juga mula menyokongnya.
5. Berikutan dengan kelemahan kuasa politik Melayu sejak 15 tahun lepas, maka riak2 desakan telah bertukar menjadi gelombang dan menunggu masa menjadi tsunami dlm sedikit masa lagi.
6. Wahai Melayu di perenggan 1, saya nak memberitahu anda bahawa pemahaman anda itu salah. Hak Istimewa Melayu itu bukan dasar yg di buat kerana sejarah kemiskinan nenek moyang kita dulu.
7. Tetapi ia adalah dasar yg di buat berdasarkan "barter trade" antara orang Melayu dengan kaum pendatang dari china dan India yg telah di imigrasikan melalui dasar penjajahan British ke negara kita.
8. Apabila British telah selesai menyedut semua hasil kekayaan Tanah Melayu dan tidak mampu lagi menampung kos imperialisasi usai perang dunia ke 2, mrk turut meninggalkan buruh asing di Malaya dan tidak mahu menampung kos menghantar mrk balik ke negara asal.
9. Maka atas kemurahan hati orang Melayu, yg di zhirkan melalui keputusan pilihanraya umum pertama tahun 1955, maka kaum pendatang ini di berikan taraf warganegara dan hak yg sama dlm perlembagaan demi membangunkan negara ini bersama.
10. Sebagai balasan kerana persetujuan Melayu memberikan taraf kewarganegaraan kepada mrk, mrk juga bersetuju mengiktiraf Hak Keistimewaan Orang Melayu dan di masukkan sebagai perkara 153 Perlembagaan.
Nak usik Hak Istimewa Melayu tu boleh tapi jangan sentap jika kita juga usik taraf kewarganegaraan kamu.
Deal?

Oleh:
Previous
Next Post »
loading...