Get $25 free
loading...

Gadis Melayu bertudung antara finalis Miss Universe New Zealand

Nurul, 20 tahun, dilahirkan di Ampang, Selangor, dan dibesarkan di New Zealand oleh ibu berketurunan Indonesia dan ayahnya seorang rakyat Malaysia.

Gambar Instagram

Bertudung dan beragama Islam tidak menghalang wanita muda ini daripada disenarai dalam pertandingan ratu cantik mewakili Ratu Universe New Zealand 2018.

Walaupun belum memenangi sebarang “tittle”, gadis berdarah campuran Malaysia-Indonesia, Nurul Shamsul sudah disebut-sebut setelah dinamakan dalam 20 finalis pertandingan.

Nurul Shamsul dalam laman sosial, Instagramnya akui bangga menjadi wanita bertudung pertama ke peringkat akhir pertandingan ratu ini sekaligus menjadi perintis di tahap global.

“Peluang seumpama ini diharap dapat memecah sebarang halangan dan stereotaip, malahan ia juga diharap dapat menterjemah semula erti kecantikan sebenar,” katanya dalam posting Instagram.

Nurul, 20 tahun, dilahirkan di Ampang, Selangor, dan dibesarkan di New Zealand oleh ibu berketurunan Indonesia dan ayahnya seorang rakyat Malaysia.

Beliau yang menuntut di University of Waikato dalam bidang psikologi dengan minor dalam dasar sosial berharap erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.

Malah, sebagai umat Islam, Nurul tetap mengutamakan kepercayaannya walaupun menyertai pertandingan ratu cantik itu.

“Saya berdoa supaya peluang ini sesuatu yang baik untuk diri saya dan agama. Saya mohon ia berlaku, tetapi jika tidak saya minta Tuhan menjauhkan diri saya daripadanya,” katanya.

Sebelum ini, warga Somali-British, Muna Jamal dan Somali-Amerika, Halima Aden juga pernah menyertai Ratu Universe Great Britain dan Ratu Cantik Minnesota Amerika Syarikat selaku ratu cantik Islam yang bertudung.

Peringkat akhir Ratu Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos ini.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...