Get $25 free
loading...

Netizen Tampil Jelas Cerita Sebenar Isu Lelaki Berkopiah Dituduh Meraba Gadis

Share This:

Tular di media sosial baru-baru ini , sebuah rakaman video seorang lelaki yang kelihatan warak kononnya memegang dan meraba seorang wanita ketika menggunakan perkhidmatan awam.

Video tersebut disebarkan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Asa Mpete dan dikatakan berlaku ketika dia menggunakan tren LRT Rapid KL laluan Sri Petaling.

Di dalam rakaman berdurasi 53 saat itu, lelaki berkopiah putih berkenaan dilihat seperti tidak menyedari tangan kanannya tersentuh bahagian paha wanita tersebut yang menyebabkan orang ramai merasakan lelaki itu sedang melakukan perkara tidak senonoh.

Apabila video tersebut tersebar, ramai bertindak mengecam perbuatan lelaki berkenaan namun tidak kurang juga netizen yang merasakan lelaki tersebut disalah erti.

Melihat perkara ini berlaku, seorang lelaki berbangsa India dikenali sebagai Ramesh De Ram yang juga berada dalam tren tersebut, tampil melalui akaun Facebooknya mempertahankan lelaki berkenaan.

Jelas Ramesh, lelaki itu sebenarnya sedang cuba untuk menarik jubahnya yang tersangkut di bawah wanita berkenaan setelah wanita itu terduduk di atas jubahnya sebelum tertidur.

Menurut sumber, Ramesh, melalui perkongsian itu nyata kecewa apabila para netizen dan pihak media cuba menyalahkan lelaki tersebut tanpa usul periksa sambil turut berasa kecewa dengan tindakan tuan empunya video untuk memuat naik rakaman terbabit.

Perkongsian Ramesh itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan yang berterima kasih kepada Ramesh kerana tampil memperbetulkan keadaan selepas lelaki tersebut dikecam selama ini.

“Di zaman kita suka menularkan (viral) sesuatu tanpa usul periksa, kita telah menzalimi dan mengutuk agama kita sendiri.

“Thank you Bro Ramesh yang membetulkan keadaan. Kalian yang memfitnah pak cik ni gatal dan penjual agama dan segala kata nista. Mohon bertaubat,” tulis PU Rahmat di laman Twitternya.

Tambahnya, sekiranya benar lelaki tersebut cuba untuk meraba dan mengambil kesempatan terhadap wanita itu, adalah lebih baik sekiranya orang sekeliling menegur lelaki berkenaan daripada merakam dan menyebarkan video tersebut.

“Dan jika benar pak cik tu pervert, iman dia naik turun, bersuaralah! Marahlah dia! Cegah! Dia hanya orang tua.

“Marah dia better than kau rakam dan malukan dia seluruh Malaysia. Anak cucu dia tengok juga. Kau nak apa dgn viral,” tulisnya lagi.

Tindakan tidak bertanggungjawab menyebar tanpa usul periksa ini jelas telah menjatuhkan air muka keluarga lelaki itu dan juga agama Islam sendiri kerana ia telah menimbulkan fitnah dan pandangan negatif terhadap orang Islam.

Di zaman teknologi ini, sangat mudah untuk sesuatu perkara tidak kira baik atau buruk untuk disebarkan dan menjadi tular dalam sekelip mata.

Oleh itu, tindakan menyebarkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti akan kesahihannya perlu dielakkan memandangkan ia hanya akan menyebabkan perkara lebih buruk berlaku.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...