“Manfaat Cukai Untuk Kesejahteraan Rakyat”, begitulah tema Program Tanggungjawab Sosial Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang telah diadakan pada 28 Februari 2018 bertempat di Dewan Utama Kompleks Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan.
Program bantuan cermin mata kepada 150 orang pelajar dari daerah Bachok dan Tumpat ini telah disempurnakan penyampaiannya oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang turut berkenan menyampaikan sumbangan cermin mata tersebut kepada pelajar terpilih.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM, Mahmood Daud berkata, sumbangan cermin mata itu adalah bagi membantu para pelajar yang menghadapi masalah rabun supaya dapat belajar tanpa halangan.
“Kita mahu memberi peluang kepada pelajar meneruskan pembelajaran dengan cemerlang tanpa gangguan disebabkan rabun penglihatan.
“Pihak kami turun ke sekolah bersama pasukan pemeriksaan mata dan para pelajar diberi peluang memilih sendiri bingkai cermin mata,” katanya di majlis penutup Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan peringkat negeri 2018 di Kompleks Islam Jubli Perak Ismail Petra di sini hari ini.
Terdahulu LHDNM dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah bekerjasama menganjurkan seminar zakat dan cukai pendapatan yang telah dihadiri oleh seramai 500 orang peserta.
Sementara itu, program anjuran bersama LHDNM dan Maik ini berjaya memupuk kesedaran peri pentingnya tanggungjawab cukai dan zakat kepada kemajuan negara.
LHDNM turut mengambil kesempatan ini untuk membuka kaunter mobile Hasil4U di beberapa tempat terpilih di sekitar Kota Bharu, Kelantan bagi memberi kemudahan kepada pembayar cukai mendapat maklumat percukaian terkini.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini