Get $25 free
loading...

Ciri-Ciri Rakyat “Terbeban” Semakin Terserlah

Share This:

Jika kita membuka laman media sosial milik kita, antara perkara yang akan kita lihat adalah rungutan mengenai bebanan kos sara hidup. Ramai yang menunding jari kepada kerajaan kononnya kerajaan gagal dalam menangani kenaikan kos sara hidup rakyat. Langsung tiada yang melihat kepada skop yang lebih besar untuk menilai punca sebenar kenaikan kos sara hidup berkenaan.

Namun begitu, dari apa yang diserlahkan menerusi alam realiti, cukup berlawanan dengan apa yang mereka rungutkan. Manakan tidak, pantang negara menyambut sebarang musim perayaan atau musim cuti panjang, hampir kesemua lebuh raya mencatatkan peningkatan trafik yang mendadak. Malah, kesesakan lalu lintas juga cukup mengerikan untuk diharungi.

Menariknya, disaat ada yang merungut tentang kenaikan harga bahan mentah seperti harga ikan kembong yang menccah angka RM 15 sekilo, setiap bulan, Persatuan Automotif Malaysia mencatatkan jumlah jualan mencecah angka 12 ribu buah kereta sebulan yang didaftarkan. Malah, Rakyat Malaysia juga dilihat memenuhi KLIA dan KLIA2 utuk melancong keluar negara.

Terbaru, apa yang ditunjukkan di Cheras semasa Apple MyWatch Store mengadakan jualan murah menyaksikan, betapa “menderitanya” rakyat Malaysia. Bayangkan, seawal jam 2 pagi, orang ramai mengerumuni premis perniagaan berkenaan sehingga dianggarkan lebih kurang 10 ribu orang beratur hanya untuk membeli belah.

Adakah ini melambangkan deritanya rakyat Malaysia dengan keadaan ekonomi negara? Adakah ini menampakkan betapa gagalnya kerajaan Malaysia menangani kenaikan kos sara hidup yang dikatakan membebankan? Paling utama, adakah ini yang dikatakan rakyat Malaysia sudah hilang kuasa membeli dan tidak mampu untuk mengeluarkan belanja?

Sebenarnya, tiada istilah beban jika mereka benar-benar tahu berusaha untuk mempertingkatkan kehidupan masing-masing. Boleh dikatakan seluruh dunia mengiktiraf kemampuan dan kekuatan ekonomi negara. Malah Bank Dunia turut memberikan pengiktirafan terbaik buat negara, antara negara yang mencatatkan pertumbuhan terbaik dari sudut ekonomi.

Justeru, sukar untuk difahami dari sudut mana dakwaan pembangkang yang menyatakan ekonomi negara berada pada keadaan yang cukup teruk. Apa yang boleh disimpulkan adalah, mereka sebenarnya cuba mewujudkan persepsi buruk terutamanya cuba untuk merosakkan perpaduan dan memporak perandakan kestabilan politik negara.

Tidak pernah tercatat dalam mana-mana sejarah atau keadaan ekonomi dunia, harga barangan semakin murah di saat duia sedang bergerak maju kehadapan. Kita kini sedang menuju kearah negara maju pada tahun 2020 dan apa yang diharapkan, jangan lah pemikiran kita berada pada tahap kelas ketiga sedangkan negara berada di dalam kelas yang pertama.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...