Permainan politik persepsi dan propaganda sudah pun bermula apabila pakatan pembangkang mula mengeluarkan artikel untuk memeningkan minda rakyat lagi apabila membayangkan bahawa kelulusan plaza tol yang dibuat oleh kerajaan negeri seolah-olah dibina oleh dan diluluskan oleh kerajaan pusat.
Persepsi ini dikeluarkan awal-awal lagi agar rakyat terus menempelak kerajaan yang akan dikatakan berpura-pura dalam penghapusan tol yang dibuat baru-baru ini sebagai untuk memancing undi semata mata.
Persepsi awal ini dilakukan merupakan serangan untuk melindungi tindakan kerajaan pakatan pembangkang yang mana telah meluluskan pembinaan 6 buah plaza tol yang mana sebenarnya telah diluluskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.
Sebagaimana kenaikan kadar cukai yang memberikan kepentingan kepada kerajaan negeri dan juga tidak mempedulikan kesannya kepada kos sara hidup rakyat dilakukan tanpa kajian yang teliti tentang keperluannya.
Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang terus melakukan tindakan dimana kos sara hidup didua buah negeri tersebut meningkat berkali ganda susulan tindakan tersebut. Apa yang paling ketara mereka akan berceramah menyalahkan kerajaan pusat dan juga UMNO / Barisan Nasional.
Sebagai langkah untuk melindungi tindakan mereka kerajaan pakatan terus menolak dan menentang pembinaan ECRL yang terpaksa menggunakan laluan tanah di Selangor dengan alasan ianya akan membebankan rakyat.
Alasan yang tidak masuk akal yang diberikan oleh Azmin ini dapat difikirkan oleh rakyat dimana pembinaan ECRL sebenarnya akan memberikan manfaat yang besar kepada bukan sahaja rakyat Selangor malah rakyat seluruh Negara.
PKR yang menerintah Selangor terus tidak mempedulikan permohonan untuk kelulusan tanah yang akan memberikan impak kepada industri perkapalan dalan negeri itu. Melengahkan kelulusan bermakna pembangkang sedang mencari titik serangan untuk mengagalkan projek rakyat ECRL.
Sememangnya sudah menjadi ragam pihak pembangkang yang dilihat sebagai anti pembangunan terus menolak apa juga projek yang melibatkan kepentingan rakyat. Begitu juga dengan kaedahnya yang dilakukan terhadap pembinaan MRT.
Semasa pembinaan MRT berbagai fitnah yang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengagalkannya. Namun oleh kerana kelulusan tanah telah diberikan , projek MRT telah berjaya dan siap dibina dan sekarang ianya telah memberikan manfaat kepada rakyat Selangor.
Nasib tidak menyebelahi projek ERCL yang mana kelulusan tanah tidak diberikan, Kerajaan Selangor hanya meluluskan konsesi tol yang memberikan keuntungan kepada pemilik konsesi sebagaimana dilakukan sebelum ini.
Oleh yang demikian, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah memulakan pembinaan dibawah negeri yang telah meluluskan tanah untuk projek tersebut iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebagai langkah permulaan pembinaan.
Selangor mempunyai laluan ECRL yang terpanjang sekali iaitu sepanjang 80 km diantara Gombak ke Perlabuhan Klang.
Laluan sepanjang 80km dari Gombak ke Pelabuhan Klang dalam fasa kedua projek ECRL dan 19km laluan dalam negeri Selangor dalam fasa pertama. Rakyat harus melihat tindakan ini. Rakyat harus menilai tindakan sebuah kerajaan negeri yang tidak mahu melihat pembangunan dilakukan tanpa konsesi dilaksanakan.
Perkara utama yang kerajaan pembangkang mahu lihat ialah bagaimana rakyat membayar nilai pembinaan yang dilakukan , pembangunan yang disediakan tidak kira dalam apa cara sekali pun.
Lihat sahaja dalam manifesto kerajaan pakatan yang mana mahu menghapuskan tol. Sehingga kini tol masih lagi berdiri teguh dan malah pembinaan nya diperbanyakkan lagi oleh pembangkang.
Kerajaan negeri Selangor kini kelihatan seperti ada niat untuk mensabotaj projek ECRL untuk kepentingan pihak lain. Kerajaan Selangor sedar dengan meluluskan tanah ECRL pemimpin pakatan beranggapan bahawa rakyat akan menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa rakyat memerlukan bayaran tambahan.
Konsep ini bagi pemimpin pembangkang adalah salah diminda mereka, bagi mereka jika rakyat mahu menikmati kemudahan , rakyat harus membayar nilai kemudakan tersebut dalam apa cara kenaikan sekalipun.
Ini lah yang berlaku juga kepada Stadium Shah Alam dimana kerajaan negeri terus membiarkan Stadium tersebut tanpa selenggaraan yang sepatutnya dengan menggunakan wang kerajaan negeri dan sekarang Stadium tersebut sudah pun diswastakan kepada sebuah syarikat.
Dengan ini rakyat Selangor terpaksa akur untuk membayar apa juga nilai yang ditetapkan oleh pihak swasta yang telah diberikan konsesi yang menyelenggara stadium. Sudah pastinya harga tiket akan melambung tinggi dan ianya akan merosakkan nilai kemajuan sukan bola sepak yang diminati rakyat.
Kini projek ECRL pula menjadi sasaran kerajaan Selangor dimana tindakan kerajaan Selangor seakan cuba mensabotaj pembinaannya dapat dilihat dengan jelas. Seharusnya rakyat Selangor yang membuta tuli menyokong PKR pada pilihanraya yang lalu berfikir sekali lagi untuk memberikan sokongan.
Berberapa perkara timbul dalam minda kita apabila kerajaan Selangor tidak mahu meluluskan tanah untuk projek kesejahteraan rakyat dilakukan. Apakah kerajaan Selangor telah berbincang dengan DAP yang berada di selatan dan sememangnya rancangan pembangkang untuk mensabotajnya.
Boleh juga diperkatakan dengan kelewatan kelulusan yang diberikan pihak pembangkang boleh menunding jari kepada kerajaan bahawa kenaikan kos telah berlaku dan wang rakyat telah dibazirkan dengan kelewatan pembinaan yang tidak mengikut jadual.
PKR dan DAP adalah dua parti ketika ini sedang disiasat dalam banyak skandal yang dilakukan. Terbaru ialah skandal tanah Ijok yang mana penipuan dilakukan kepada rakyat dan tanah rakyat peneroka Ijok dijual kepada pihak ketiga.
Apakah projek ECRL ini juga akan menerima nasib yang sama sebagaimana projek bekalan air bersih yang sememangnya digagalkan kerana tidak memberikan kepentingan kepada Azmin selaku Menteri Besar Selangor.
DAP adalah adik kepada PAP. Apakah DAP yang menyuruh Azmin agar mensabotaj projek ECRL dengan melambat-lambatkan kelulusan tanah? Parti sekutu lain dalam PH, PAN, PKR dan PPBM semua tidak ada suara, mereka hanya ikut sahaja apa yang DAP mahu mereka lakukan.
Sehingga kini rakyat Selangor yang dijanjikan dengan bekalan air bersih sedang menikmati air percuma versi baharu yang mana mempunyai warna yang cukup menarik untuk diminum sebagai mana menunaikan janji pilihanraya air percuma.
Nyata sekali bahawa Azmin selaku Menteri Besar Selangor adalah saorang yang tidak mahu pembangunan dilakukan untuk kepentingan rakyat. Negeri Selangor semakin hancur dibawah pakatan harapan.
Kadar defisit yang sedang meningkat hampir RM1 billion sedang dfitanggung oleh kerajaan negeri dan natijahnya rakyat Selangor terpaksa membayarnya. Jadi secara rasionalnya rakyat Selangor masihkah mahu memberikan undi kepada PKR dan juga DAP?
Apakah dengan melindungi PKR dan DAP taraf kehidupan anda akan berubah dengan kenaikan cukai hartanah dan pelbagai cukai yang lain dimana semua itu telah menaikkan kos sara hidup di Selangor dan sebagaimana biasa penyokong yang buta tuli akan menyalahkan GST.
Tidak kah rakyat Selangor melihat bagaimana jalan jalan di Selangor masih banyak berlubang. Taman “tema air” bersepah di atas jalan. Duit MARRIS entah dibelanja ke mana, kemudian berbangga rizabnya tinggi.
Patut selesaikan lubang jalan lama dahulu demi keselamatan rakyat, Selesaikan masalah denggi yang mana Selangor adalah pemegang rekod tertinggi pembiakan dan kesnya, Selesaikan masalah air bersih yang menghantui minda rakyat.
Namun lebuhraya bertol baru diluluskan tanahnya di Selangor, tetapi projek ECRL cuba disabotaj oleh Azmin. Projek yang lama terus dibiarkan kerana tidak memberikan manfaat dan keuntungan kepada Azmin.
– pru14.tv
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini