Get $25 free
loading...

Sejarah Hitam Pulau Pinang Tergadai Pada DAP

Share This:

Sejarah tidak pernah berbohong kepada peradaban dunia dan sejarah juga adalah teladan yang terbaik untuk dijadikan guru yang hebat dan melahirkan pemimpin yang hebat dalam memperjuangkan sesuatu yang hak dan menentang  agenda  yang bakal merosakkan.

Dalam hal ini sejarah penghapusan bangsa itu bukan bererti membunuh seperti penghapusan etnik seperti zaman dahulu. Tetapi dizaman moden ini penghapusan etnik dilakukan dengan berbagai kaedah yang terancang.

Penghapusan bangsa dilakukan dengan membelakangkan sejarah bangsa tersebut. Menidakkan  kehadiran awal sejarah  bangsa, dan melenyapkan apa juga warisan yang ada dan melenyapkan tulisan yang digunakan  oleh bangsa tersebut.

 Gerakan penghapusan ini akan berakhir apabila generasi mudanya terus mengiktiraf agenda baru yang dibawa serta melupakan terus  warisan bangsa  sendiri seterusnya menentang bersama  pihak yang memulakan penghapusan ini.

Perkara ini sedang berlaku di Malaysia dimana untuk ketika ini Bahasa Melayu sedang dimanipulasikan dan  bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pertuturan  yang global didalam Negara ini, Pihak pembangkang menanamkan nilai kebaratan dan melenyapkan nilai kebangsaan didalam jiwa anak muda.

Anak muda harus sedar bahawa ini sebahagian daripada agenda geopolitik yang mana menggunakan pelbagai strategi termasuk dalam pembangunan yang dilakukan. Didalam pembangunan mereka akan menggunakan kaedah roboh dan bina iaitu merobohkan penempatan bangsa Melayu dan membina  rumah bertingkat.

Dalam hal ini, pihak pembangkang tahu  bangsa Melayu  tidak mampu untuk memiliki rumah  yang dibina , maka golongan yang berkemampuan  terutama dari bangsa Cina akan mengambil alih penempatan yang dahulunya perkampungan Melayu  melalui sistem  pembinaan rumah atau apartment.

Sebelum ini Kerajaan DAP banyak beri kelulusan bina rumah-rumah mewah di sekitar Balik Pulau. Kebanyakannya kini kosong tidak berpenghuni. Orang tempatan tak mampu beli. Yang beli orang luar.

Mereka beli bukan untuk tinggal tapi untuk jadikan aset. Entah berapa nama agaknya di rumah-rumah berkenaan didaftarkan sebagai pengundi.

Perkara ini telah dilaksanakan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang menggunakan strategi perumahan untuk mengubah geopolitik di negeri itu.

Mengambil contoh di Kg. Terang, Balik Pulau, Mohd Zairi berkata geopolitik pengundi di kawasan itu berubah dengan sekelip mata disebabkan projek perumahan yang diusahakan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebagai contohnya -Jumlah rumah di Kg. Terang, Balik Pulau ada 313 buah. Jumlah penduduk sekitar 600 orang. Di kampung yang sama, Kerajaan DAP luluskan pembinaan Pangsapuri Rimbun yang ada 400 pintu. Katakan satu pintu akan duduk minimum 3 orang. Makna kata akan ada 1,200 orang bertambah sekelip mata di Kg. Terang. Itu minimum 3 orang satu pintu tu.

Projek ini telah siap dan khabarnya lebih dari 90% penerima adalah orang luar. Keadaan ini pastinya akan beri kesan yang sangat mendalam kepada geopolitik di Kg. Terang dan Balik Pulau.

Perkara ini adalah sebahagian eancangan DAP yang diambil dari kaedah pentadbiran PAP di Singapura.  Hal yang sama berlaku telah berlaku di bPulau Pinang sekarang. Dalam PRU14 akan datang DAP seboleh bolehnya akan mempertahankan Pulau Pinang yang diimpikan sebagai Singapura ke 2.

Ini lah kesan tindakan dan slogan “UBAH” yang dilaungkan atas nama  dan isu memburukkan kerajaan  BN yang dahulu. Akhirnya orang Melayu terus dijual tanah tanah mereka dan diwaktu ini air mata darah pun tiada gunanya.

Untuk mengambil sebuah negeri yang telah diberikan secara percuma oleh pengundi Melayu  disebabkan termakan hasutan DAP satu ketika dahulu bukan  sesuatu yang mudah seperti menukar baju.

Orang Melayu harus sedar bahawa kesilapan dalam membuat pilihan dalam pilihanraya cagarannya ialah Negara dan negeri. Tiada ertinya kepuasan hati apabila melihat sebuah negeri seperti Pulau Pinang yang dahulunya kepunyaan tanahnya oleh orang Melayu kini dijual lelong tanahnya kepada orang asing.

Tiada apa yang tinggal lagi untuk Melayu di Pulau Pinang. Bangsa Melayu hanya penumpang ditanah yang dikatakan hak mereka tapi dikuasai oleh bangsa Chauvanis. Oleh itu harus diingatkan bahawa DAP adalah bangsa yang tidak menghargai hak orang lain. Malah mereka adalah bangsa yang mahu menguasai dan berkuasa dalam semua perkara.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...