Get $25 free
loading...

Musim tengkujuh diramal bermula Isnin hingga Mac depan

Episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember ini, manakala episod hujan lebat pada Disember dan Januari depan dijangka tertumpu di barat Sarawak, utara dan timur Sabah.

Northeast-monsoon

KUALA LUMPUR: Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula 13 November ini hingga Mac 2018 dengan hujan lebat diramalkan berlaku di Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menurut Jabatan Meteorologi (METMalaysia), 4 hingga 5 episod hujan lebat dijangka berlaku pada musim tengkujuh kali ini.

“Episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada November dan Disember 2017. Pada Disember 2017 dan Januari 2018, episod hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat Sarawak serta utara dan timur Sabah,” menurut METMalaysia dalam kenyataan hari ini.

Ia berkata, semasa Monsun Timur Laut, hujan berterusan untuk tempoh sehingga 3 hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan rendah dan cenderung banjir.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk,” kata jabatan itu.

Ia menasihatkan orang ramai lebih berwaspada dan bersiap siaga dalam menghadapi musim tengkujuh ini serta sentiasa peka dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan METMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, Facebook: malaysiamet, Twitter: @malaysianmet, perkhidmatan SMS 15888 dan MMD Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638).



The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...