Get $25 free
loading...

Tukar Nama TRW Kepada Pamoga Qu Puteh TRW

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah bersetuju untuk menukar nama pasukan tersebut dari The Red Warriors (TRW) kepada Pamoga Qu Puteh TRW.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau telah menghantar surat permohonan menukar nama pasukan bagi mengharungi musim baru Liga Malaysia 2016.

“Surat itu dihantar hari ini (Selasa). Kita putuskan malam tadi (Isnin) dan sudah maklum kepada timbalan presiden FAM (Datuk Seri Afandi Hamzah).

“Kita juga akan hantar surat hitam putih bagi mohon nama jolokan TRW menjadi Pamoga Qu Puteh TRW,” kata semalam.

Pertukaran nama TRW ekoran persetujuan persatuan menerima tajaan dari syarikat kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd,

Kata Annuar, beliau tiada masalah mengenai nama Pamoga Qu Puteh TRW kerana ianya masih mewakili negeri Kelantan.

“Rasanya, ramai yang silap faham. TRW adalah nama jolokan dan kini akan menjadi Pamoga Qu Puteh TRW. Pasukan bola sepaknya masih lagi Kelantan.

“Tapi kita kena maklumkan kepada FAM supaya pihak televisyen, radio, juruacara mengiktiraf TRW sebagai Pamoga. Pasukan, tetap pasukan negeri,” katanya menurut laporan akhbar itu.

-mD

Previous
Next Post »
loading...