Get $25 free
loading...

Saya Faham Apa Yang Dirasai Rakyat - Maya Karin

..


Pelakon jelita Maya Karin, 36, mengakui turut terkesan dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini malah dia memahami situasi yang dilalui masyarakat dalam menjalani rutin harian.

Menurut bintang filem Jwanita ini, dia sentiasa mengambil tahu mengenai perkembangan semasa. Tambahan, dia dikelilingi dengan kawan-kaawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya sekaligus membuatkan dia sentiasa mengingatkan dirinya bahawa tidak semestinya bergelar seorang selebriti dia harus mendapat layanan istimewa.

"Selain beberapa rakan artis yang saya rapat, saya juga ada ramai kawan rapat dari latar belakang kerjaya yang berbeza-beza. Secara tidak langsung apabila saya bersama dengan mereka membuatkan saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa saya ini bukan selebriti malah saya sebenarnya tidak gemar digelar selebriti. Sebaliknya berlakon dan menyanyi itu hanyalah kerja saya.

"Saya selalu ambil tahu mengenai perkembangan semasa. Saya juga membacakmen,  pendapat dan luahan masyarakat di laman-laman sosial tentang perkembangan ekonomi sekarang. Saya juga ada bertanya kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat rakaman naungan saya misalnya mengenai gaji mereka, bayaran tol dan sebagainya. Saya bertanya juga kepada jiran-jiran, kepada ahli keluarga saya antaranya yang tinggal di Sri Kembangan dan Sungai Penchala.

"Sebab, saya sendiri terkejut tol Sungai Penchala sampai RM3. Saya akui saya juga terkesan dengan kenaikan tersebut dan situasi ekonomi sekarang sebab saya seorang yang berjimat. Sejak kecil saya sudah didik dengan sikap tidak berbelanja berlebih-lebih sangat sebaliknya membeli apa yang betul-betul perlu.

"Jadi dalam situasi kita sekarang, saya faham dengan kekecewaan dan apa yang dilalui masyarakat," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya, Class In Session Juzztin, bertempat di Menara TSR, semalam.

Maya berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status yang dimuat naik di laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini berhubung kenaikan tambang pengangkutan awam. Dia menulis, mempersoalkan bagaimana pengangkutan awam seperti bas boleh membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat sedangkan tambang naik dan akhirnya bas kosong.

..

Maya berkata, walaupun dia tidak menggunakan perkhidmatan seperti bas dalam menjalani rutin harian tetapi pengalaman sering menggunakan pengangkutan awam ketika berada di luar negara membuatkan dia terdetik untuk turut meluahkan kekecewaannya.

Bagaimanapun Maya memuji sistem dan perkhidmatan LRT negara ini yang jauh lebih baik berbanding di beberapa negara lain yang pernah dilawatinya.

"Kalau saya bercuti di luar negara saya memang selalu menggunakan pengangkutan awam seperti bas, keretapi atau saya berjalan kaki saja. Jadi saya tahu bagaimana operasi pengangkutan awam di sana.

"Tetapi di Malaysia, saya tidak menggunakan penggangkutan awam. Tapi saya pernah menaiki LRT dari Bangsar ke Setiawangsa dan ke Ampang. Itu pun kerana ketika itu pihak LRT mahu tunjukkan saya bagaimana operasi perkhidmatan mereka. Selain itu, penggambaran Lagenda Budak Setan ada dilakukan di dalam LRT.

"Saya pernah naik LRT di Perancis dan Paris dan sebenarnya perkhidmatan LRT negara kita jauh lebih baik daripada di sana. Sekurang-kurangnya LRT kita ada penghawa dingin, selesa dan cantik. LRT di Paris tidak ada, bayangkan dengan sesak ramai dan panas," ujarnya.

Seronok Dengan Band

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjaya pula, Maya berkolaborasi dengan Juzzthin menerusi single berjudul Serik Dengan Cinta yang mana lagu tersebut dimuatkan di dalam album Juzzthin Class in Session.

Selain, pelantun lagu Erti Cinta ini dalam perancangan menghasilkan album baharu dan dia mula terfikir ini mahu tampil dengan konsep Rock sekaligus akan membuat persembahan pentas diiringi band.

"Selama 10 tahun ini, saya bersyukur kerana saya sudah kukuhkan nama saya dalam dunia lakonan. Dan nyanyian pula, selama sembilan tahun ini, saya akui saya masih lagi belajar memperbaiki diri saya sebagai penyanyi baik di luar studio dan di dalam studio.

"Sejak kebelakangan ini saya banyak buat persembahan bersama band dan saya semakin seronok kerana selama ini saya menyanyi solo. Banyak perkara yang saya belajar dengan band. Apabila mrembuat persembahan diiringi band, saya lebih tahu bagaimana untuk mengawal situasi, berinteraksi dan nak buat peminat lebih terhibur. Secara tidak langsung bersama band, membantu saya hilangkan rasa gugup berada di pentas.

"Saya juga sekarang sedang merancang konsep untuk album baru. Saya sudah mula tertarik dengan muzik Rock. Kebelakangan ini saya dengar lagu-lagu Ella selain menjadikan imej yang pernah dibawa Elyana sebagai rujukan," katanya yang akan kembali sibuk di lokasi penggambaran beberapa filem sekitar April, Ogos dan September depan.

- mD

 

 

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...