Sekeping gambar model dari Brazil, Adriana Sant’anna yang sedang sarat mengandung, yang dimuatnaik dalam instragramnya telah mencetuskan kekecohan dalam media sosial, atas sebab yang agak pelik.
Ini kerana netizens percaya mereka dapat melihat bayi dalam benjolan di perutnya itu. Gambar itu dirakamkan dengan Adriana hanya memakai bikini.
Gambar Adriana itu dirakamkan minggu lepas dan dimuat naik dalam instagramnya yang mempunyai sejuta pengikut.
“Adakah anda nampak bayi dalam perut Adriana.
“Menariknya! Saya dapat melihat bayi itu sebelum ia dilahirkan,’’ demikian komen peminat dalam instagramnya.
Bagaimanapun pakar sakit puan dari London Gynaecology, N. Pisal berkata janin dikelilingi oleh cecair, uri dan dinding rahim, jadi benjolan berkenaan tidak mungkin janinnya.
“Ia lebih cenderung kepada otot perut yang ditolak ke hadapan oleh bonjolan dari rahim,’’ katanya.
Sementara Adriana pula terkejut dengan perhatian yang diberikan terhadap gambar terbabit.
“Betul? Adakah ia seperti yang dilaporkan? Atau Google tersalah menterjemahkannya,’’ soalnya dalam instagram itu.