Get $25 free
loading...

"SIMPATI DENGAN NASIB FASHA, HARAP DIA TABAH & CEKAL"


Petaling Jaya: Pelakon jelita, Rita Rudaini, 40, turut bersimpati dengan nasib Fasha Sandha, 32, yang bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, 40, atau Jejai, semalam.

Rita yang juga ibu tunggal anak dua ketika ditemui hari ini berkata, sebagai wanita yang pernah mengalami nasib serupa, dia turut sedih dan terkesan.

"Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai.

"Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat," katanya.

Menurut Rita, dia turut mengikuti perkembangan berkenaan gosip rumah tangga Fasha sejak tahun lalu.

"Ketika mendengar gosip itu, saya mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu dia pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun.

"Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan demi anak. Saya tidak mahu dia melalui pengalaman seperti saya. Namun, dalam perkara ini semuanya Allah SWT sudah tentukan,”€ katanya.

Sebagai rakan artis, Rita mahu Fasha tabah dan cekal meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.
"Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak," katanya.
Previous
Next Post »
loading...