Get $25 free
loading...

(5 GAMBAR) SERPIHAN PESAWAT DISYAKI MILIK MH370 DITEMUI DI THAILAND

Serpihan Pesawat Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Thailand

BANGKOK: Serpihan besar kepingan logam melengkung yang disyaki serpihan milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, yang hilang hampir dua tahun lalu, ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, di Thailand.

Penduduk kampung yang menemui serpihan itu membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya, kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan kepada Reuters.

“Penemuan bangkai berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang oleh penduduk kampung meningkatkan spekulasi dalam kalangan media Thai bahawa serpihan itu berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014,” katanya.

MH370 Nakhon Si Thammarat, Thailand

MH370 Nakhon Si Thammarat, Thailand

MH370 Nakhon Si Thammarat, Thailand

MH370 Nakhon Si Thammarat, Thailand

Bagaimanapun belum ada pengesahan rasmi yang dibuat oleh mana-mana pihak.

Menurut Patthikongpan lagi, nelayan di kawasan itu percaya serpihan itu mungkin berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip di atasnya.


Sebelum ini, serpihan bangkai pesawat ditemui terdampar di sebuah pulau Reunion, sebuah pulau di Perancis pada Julai 2015 tetapi tiada lagi kesan telah dijumpai.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar kira-kira 40 minit selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014. - Agensi
Previous
Next Post »
loading...