Get $25 free
loading...

Ujibakat Worldstars, Road To Hollywood Kini Bermula

..

Sejak 2005, pasukan Malaysia tidak pernah pulang dengan tangan kosong apabila ada saja wakil negara ini yang memenangi pingat pada pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat.

Nama seperti Syafinaz Selamat, Dina Nadzir, Deja Moss, Siti Sarah Raisuddin, Bob AF, Noryn Aziz, Toi, Asmidar Ahmad, Putri Mardiana, Raja Farah, Khir Rahman, One Forteen dan ramai lagi antara selebriti popular tempatan yang menempa nama pada pertandingan antarabangsa berkenaan.

WCOPA adalah satu­satunya kejohanan yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood. Ia diiktiraf sebagai 'Olimpik' bagi dunia seni serantau. Kini kejohanan ini memasuki tahun ke­20 dengan penyertaan lebih 50 negara dari seluruh dunia.

Kejohanan ini juga dianggap persembahan seni terbesar di dunia dengan lebih 80,000 peserta merebut untuk mendapat tempat bertanding di Hollywood.

Kejohanan WCOPA ke­20 akan berlangsung di Long Beach Performing Arts Centre pada 8 hingga 17 Julai ini. Dianggarkan lebih kurang 150 pengiat seni ternama dari Hollywood, Nashville dan New York akan hadir sebagai pengadil dan pelatih kejohanan itu.

Selain bertanding, peserta juga berpeluang menghadiri workshop yang dikelolakan pakar­pakar seni ini.

Pencarian Pasukan Malaysia dijalankan di bawah program Worldstars, Road To Hollywood oleh Matme Sdn Bhd, pemegang hak ekslusif di Malaysia dengan kerjasama Hormat Mulia Holdings Sdn Bhd. Kali ini, acara mendapat tajaan produk kecantikan, K­Colly.

Pengarah Hormat Mulia Holdings, Mohd Farid Abdul Hamid, berkata program Worldstars, Road To Hollywood mendapat sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

"Bagi meneruskan kejayaan pasukan Malaysia ini, pencarian dijalankan dengan lebih teliti untuk mencari bakat baharu.

"Sesi uji bakat mencari peserta berpotensi berusia 13 hingga 29 tahun akan diadakan di lima lokasi seluruh negara bermula Mac ini.

"Penyertaan uji bakat terbuka kepada warganegara dan permastautin tetap. Setiap peserta perlu membawa CD lagu dan peralatan muzik bagi kategori muzik. Disyorkan peserta membawa lebih satu lagu dan membuat persediaan rapi untuk meraih peluang ini.

"Lima kategori yang akan dipertandingkan adalah Vokal, Tarian, Peragaan, Lakonan dan Muzik, katanya.

Bermula lokasi pertama di Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah pada 5 dan 6 Mac, diikuti Johor Bahru (12 dan 13 Mac), Suria Sabah, Kota Kinabalu, Sabah (19 dan 20 Mac), Kuala Lumpur (26 dan 27 Mac) dan Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak (2 dan 3 April).

"Peserta boleh bertanding solo atau secara berkumpulan yang tidak melebihi enam anggota dan dibenarkan untuk menyertai lebih daripada satu kategori. Peringkat akhir pula akan berlangsung pada Sabtu, 9 April ini di Kuala Lumpur.

"Daripada itu, kami memilih peserta yang terbaik untuk membawa mengharumkan nama Malaysia ke Hollywood selama dua minggu.

"Peserta perlu serius kerana pertandingan ini bukan suka­suka, tambahan pula bayaran RM90 akan dikenakan untuk penyertaan. Kami mahu mencari peserta yang bukan saja berbakat, malah memberi komitmen,

Tahun lalu, Malaysia melakar sejarah apabila bekas peserta Mentor Legend, Aina Ghani berjaya merangkul Grand Champion of the World menerusi kategori Vokal Senior. Selain itu, kumpulan penari Zeppo Youngsterz Crew turut dinobatkan juara kategori Tarian Junior.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari http://ift.tt/1QwcnNS atau worldstars.malaysia (Facebook), worldstarsmalaysia (Instagram) atau @worldstars_msia (Twitter).

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...