Get $25 free
loading...

Aizat Jawab Gosip Keluar 'Dating' Dengan Aishah

Kredit foto Harian MetroKredit foto Harian Metro

Penyanyi Aizat Amdan berharap hubungannya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aishah Aziz, tidak disalah tafsir kerana keakrabannya dengan bintang Akademi Fantasia 2015 itu hanyalah sebagai rakan kerja.

Jelas Aizat, dia diberi kepercayaan mencipta lagu untuk single Aishah. Semenjak itu mereka sering bertemu dan bekerjasama di studio miliknya yang terletak di Ampang.

"Jangan salah anggap, saya dan Aishah kami kerja bersama. Saya ada buat single untuk dia berjudul Pilihan Sejati. Lagu tersebut sudah pun di release. Mungkin di sini kurang diperdengarkan tapi saya difahamkan lagu itu dapat sambutan hangat di Singapura.

"Kami selalu berkerja bersama, kadang-kadang lepas habis kerja kami lepak minum. Itu saja. Antara kami tiada apa-apa hubungan istimewa," katanya sekaligus menjawab gosip yang timbul mengatakan dia dan penyanyi itu kelihatan mesra berdua di sebuah tempat awam di ibu kota, baru-baru ini.

Aizat berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran Kari Gegar dan Pengumuman Projek 12 Aizat Amdan bertempat di Dagang Avenue, pada Rabu.

Pada majlis tersebut turut diadakan kejutan buat Aizat sempena sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke-27 yang jatuh pada 21 Januari lalu.

Meningkat usia, Aizat berkata buat masa ini dia masih belum memikirkan soal berumah tangga sebaliknya mahu memberi tumpuan pada kerjaya.

"Ayah saya berpesan, jangan kahwin awal. Lagipun buat masa sekarang saya memang tak mahu fikir lagi ke arah itu. Mungkin saya akan ikut ayah saya yang mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun," katanya sambil tersenyum

Bersyukur dengan pencapaian kerjayanya sehingga ke tahap sekarang, katanya meskipun muncul ramai bakat-bakat baru namun tidak menggugat kedudukannya malah dia sentasa berusaha menghasilkan karya-karya bermutu untuk diperdengarkan pada peminat.

"Tahun 2016 ni saya mahu fokus apa yang saya sudah ada dan projek sekarang iaitu studio, release single dan perniagaan iaitu Restoran Kari Gegar. Restoran ini adalah perniagaan bersama keluarga saya dan menu istimewa di sini ialah kari dan juga samal hitam yang mana resepinya merupakan turun temurun dari kampung ayah saya di Raub, Pahang.

"Walaupun sejak kebelakangan ini saya kurang menonjol namun saya tidak risau kalau orang mungkin lupa pada saya. Bagi saya saya tak kejar populariti sebaliknya saya mahu hasilkan karya bermutu dan berkongsi dengan peminat. Saya mahu tawarkan pada mereka sesuatu yang berbaloi untuk mereka dengar," katanya yang sebelum ini kurang aktif kerana sibuk dengan kerja-kerja dibelakang tabir.

Guna Strategi Artis KPop

Bercerita tentang Projek 12 pula, jelas Aizat, sebagai satu lagi pembaharuan pembikinan albumnya, dia merancang menghasilkan satu single untuk setiap bulan.

Lebih menarik, kesemua 12 lagu itu akan dilancarkan setiap bulan bersama klip video yang akan dimuat naik di YouTube Channel Aizat sendiri iaitu OfficialAizatAmdan atau laman YouTube penaja.

Aizat juga akan membawa peminatnyaa mengikuti proses pembuatan lagu-lagunya menerusi vlog-vlog dan juga laman sosial sepanjang tahun ini.

Selain itu, lagu-lagu tersebut akan dimuatkan di dalam album baru Aizat dihujung 2016 dan akan dilancarkan menerusi satu konsert live Aizat pada Januari 2017.

"Kali ini saya cuba menggunaka pendekatan baru iaitu setiap bulan saya akan releasekan single. Setiap lagu ada tema tersendiri mengikut bulan bermula Januari hingga Disember. Sebagai permulaan bulan Januari ni, saya release lagu Bagai Hidup Semula. Untuk bulan Februari nanti temanya cinta, seterusnya bulan puasa nanti berunsur ketuhanan.

"Kalau nak diikutkan strategi sebegini sudah lama dipratikkan oleh artis-artis Kpop dan antarabangsa yang mana mereka release lagu dalam masa yang singkat misalnya ada artis yang release lagu-lagu mereka selang seminggu sebelum dilancarkan album penuh.

"Jadi alternatif ini saya cuba sebab kalau release album pun tak semua lagu dalam album saya itu akan dimainkan di radio. Jadi lagu-lagu yang tidak dimainkan di radio, peminat boleh dengar menerusi YouTube.

"Lagipun trend zaman sekarang tumpuan pendengar pada sesuatu itu sekejap saja, jadi saya gunakan platform YouTube dan media sosial untuk tarik perhatian mereka," katanya.

-mD

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...