Get $25 free
loading...

VIDEO SWEET GILER NAZIM OTHMAN LAMAR BELLA DALLY


Pelakon Nazim Othman mengesahkan telah mengikat tali pertunangan bersama aktres Bella Dally baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Nazim melalui akaun Instagramnya dengan memuat naik satu video sweetbersama Bella semalam (Rabu).

Menerusi video tersebut, jelas kelihatan Nazim begitu gementar untuk bertentang mata dengan wanita itu sebelum melamarnya.

Melalui video itu juga, Nazim turut menjelaskan perkara sebenar mengenai pertunangannya bersama Bella.

“The news broke today and it's all over the net so fast. I was asked by a reporter about the rumors earlier today and I think it's best to let everyone know about the engagement. (no reporter has asked me about the engangement before today, that's one of the reasons why I kept it low).
“ Here it goes --> Pada 26 Oktober 2015, ketika menjalani penggambaran drama Akulah Balqis di Langkawi saya bertanya kepada @belladally sama ada dia sudi untuk menjadi isteri saya. Alhamdulillah, she said yes.

“Pada tanggal 14 November 2015, ketika saya berada di Korea untuk penggambaran sebuah drama, keluarga saya menemui keluarga Bella di Kota Kinabalu dan bermula hari itu dia adalah tunangan saya.

“Tarikh majlis pernikahan akan saya umumkan setelah kami berdua selesai membuat segala persiapan. Terima kasih di atas segala doa yang baik. (this clip is actually a small part of the proposal video. I lost words of what I initially planned to say because I was nervous. Never that I thought I'd be nervous, but I did. Nevertheless, she said Yes!) Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.”
 tulisnya.


Sementara itu, ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh peminat dan pengikut Instagram yang melabelkan mereka sebagai pasangan romantik.

Previous
Next Post »
loading...