Get $25 free
loading...

DISAMAKAN DENGAN 'AYAM BELANDA', FARA FAUZANA BERI KOMEN PEDAS BUAT NETIZEN


Sejak Ahad lalu, menjadi viral di laman sosial apabila kecoh sepersalinan kedua yang dipakai Fara Fauzana berwarna hitam dipadankan dengan tudung merah disamakan dengan ‘ayam belanda’ oleh netizen ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke30 (AJL30).

Malah, sekeping gambar yang meletakkan Fara bersebelahan dengan karakter animasi haiwan berkenaan tersebar beberapa minit selepas personaliti radio itu muncul di pentas dengan pakaian terbabit.

Disamakan Dengan 'Ayam Belanda', Fara Fauzana Beri Komen PEDAS Buat Netizen!

Komen PEDAS Fara Fauzana Buat Netizen, Disamakan Dengan 'Ayam Belanda' BIKIN PANAS!
Sepersalinan Kedua Fara Fauzana di AJL30 .

Tidak cepat melatah apabila disamakan seperti itu, Fara Fauzana bagaimanapun tampil meminta agar peminat tidak menyalahkan pereka fesyen Rizalman Ibrahim.
“Pereka tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi mencantikkan saya. Bukan salah baju, tetapi salah badan saya yang ‘sado’. Jadi, kalau nak kutuk, biarlah saya yang dikutuk. Jangan kutuk pereka fesyen,” kata Fara di laman Instagramnya, semalam.
Disamakan Dengan 'Ayam Belanda', Fara Fauzana Beri Komen PEDAS Buat Netizen!

Komen Fara Fauzana menerusi laman Instagram.

Sementara itu, mengenai kritikan terhadap gaya pengacaraan pada acara terbabit, Fara yang mengendalikan AJL30 bersama AG, enggan memanjangkan perkara berkenaan.
“Saya cukup seronok bekerja dengan AG. Dialah hero saya pada malam itu. Bab gagap dan tersilap itu memang (salah) saya. Gementar itu janganlah cakap kerana sudah bertahun saya tak mengacarakan AJL. 
“AG yang banyak ‘cover’ kesilapan saya. Apapun, saya sayang awak semua dan terima kasih kepada yang sudi memberi komen. 
“Positif atau negatif komen kalian, saya tetap suka kerana itu tanda semua yang menonton dan memerhatikan saya sangat prihatin,” katanya.
Disamakan Dengan 'Ayam Belanda', Fara Fauzana Beri Komen PEDAS Buat Netizen!
Fara Fauzana Dan AG.
Previous
Next Post »
loading...