Get $25 free
loading...

Tak Terdesak Mahu Kahwin - Farahdhiya

..

Hendak diikutkan bagi wanita apabila usia mencecah 30, soal teman hidup dan kahwin ada ketikanya akan memberi tekanan. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan rakan sebaya sudah bernikah dan dikelilingi anak.

Namun penyanyi Farahdhiya, 32, mengakui tidak pernah berasa tertekan atau terdesak untuk mempunyai kekasih atau berkahwin dalam waktu terdekat.

Sebaliknya penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati ini sekarang sibuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya seni.

“Mengapa saya harus berasa tertekan. Bukankah jodoh sudah ditentukan? Saya tidak perlu pening kepala untuk fikir sebab saya percaya jodoh saya sudah ditetapkan. Kalau sampai masanya, saya akan berkahwin juga.

“Daripada pening kepala nak fikir siapa jodoh saya, lebih baik saya fikir bagaimana untuk kukuhkan kerjaya seni.
Siapa tahu dalam sibuk bekerja tiba-tiba jodoh saya datang dan terus bernikah. Saya rasa itu lebih baik,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Selepas muncul naib juara Gegar Vaganza (GV2), selain sibuk di lokasi drama bersiri Bodyguard, Farah juga sibuk menyiapkan single terbaru ciptaan Tam Spider dan lirik Keon.

 

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...