Get $25 free
loading...

Ayda Sangkal Dakwaan Punca Aiman-Fathia Putus

..

Pelakon, Ayda Jebat, mengganggap dakwaan dirinya menjadi punca keretakan hubungan cinta pasangan selebriti, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, seperti didakwa sesetengah pihak, sebagai satu tuduhan tidak berasas.

Memetik laporan BH online, heroin drama Sesal Separuh Nyawa ini berkata, dia bukanlah orang ketiga yang menyebabkan pasangan pelakon terbabit mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

"Saya tidak tahu-menahu langsung mengenai apa yang berlaku dengan hubungan mereka, malah saya tidak ada masalah dengan kedua-duanya.

"Saya juga tidak pernah berhubungan dengan Aiman selepas kami selesai berlakon bersama dalam drama bersiri, Isteri Separuh Masa," katanya

"Saya harap perkara ini tidak dibangkitkan lagi," katanya.

Aiman dan Fathia yang disifatkan pasangan merpati dua sejoli putus cinta pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, Ayda yang pernah dikaitkan dengan pelakon, Zul Arrifin, berkata, buat masa ini fokus utamanya adalah kerjaya.

Selain bakal sibuk di lokasi penggambaran, Ayda juga bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Pencuri Hati ciptaan Kevin Chin dan lirik hasil nukilan bersama Ayda dan komposer berkenaan.

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...