- Details
- Published on Wednesday, 27 January 2016 09:16
Pelakon cilik, Mia Sara Nasuha, 11, mengakui semenjak tampil dengan imej bertudung, dia sudah kurang dibuli rakan mahupun dimaki sesetengah pihak seperti yang pernah dialaminya sebelum ini.
Mia yang ditemui pada sidang media dan perlantikannya sebagai duta Caliph, berkata, ketika kali pertama dia ke sekolah dan memakai tudung, dia diserbu kawan-kawannya dan ramai memuji penampilannya.
Meskipun kini sudah berhijab namun pelakon drama Karipap & Strawberi ini berkata dia masih seorang yang ceria, periang sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya.
"Gembira dan bersyukur sebab ramai yang puji saya. Masa hari pertama bertudung, saya diserbu kawan-kawan.
"Walaupun sudah bertudung tapi saya masih Mia yang sama dan tetap jadi diri sendiri lagipun tak banyak perubahan yang berlaku pada diri saya.
"Cuma sekarang rasa lebih seronok sebab saya sudah tidak lagi dibuli kawan-kawan atau dimaki di laman sosial seperti mana sebelum ini. Saya rasa diri saya lebih dihormati ramai pihak. Saya tak tahu kenapa sebelum ini ada yang maki-maki saya tapi saya tak kisah pun dengan cemuhan tersebut," katanya yang turut menyatakan keputusannya mahu memakai tudung adalah lahir dari hatinya sendiri tanpa paksaan sesiapa.
Mia membuat keputusan bertudung penuh sejak pulang menunaikam umrah pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun Mia mengakui kini sudah kurang menerima tawaran berlakon tetapi situasi tersebut tidak memberi kesan yang besar pada dirinya kerana katanya dia percaya pada rezeki.
"Tawaran berlakon memang berkurang tapi saya tak kisah sebab mesti ada rezeki lain nanti. Macam sekarang, sambutan terhadap jualan koleksi tudung saya iaitu MSCouter semakin dapat sambutan selain jualan produk Caliph juga meningkat.
Dalam pada itu, katanya lagi, dia tidak teragak-agaka menolak tawaran jika watak yang ditawarkan menuntutnya membuka tudung.
"Selepas ini kalau ada tawaran berlakon tapi meminta saya buka tudung, saya tidak akan terima tawaran tersebut. Tetapi ada drama yang saya sudah tandatangani kontrak sebelum bertudung, jadi saya terpaksa membuka tudung untuk menjayakan watak dalam drama berkenaan," jelasnya.
Berkongsi pula mengenai Caliph, kata Mia, sejak mengamalkan makanan tambahan tersebut, dia mengalami perubahan positif misalnya lebih dapa memberikan tumpuan sewaktu pembelajaran selain prestasi keputusan peperiksaanya yang semakin baik.
"Caliph ni bukan macam supplement biasa. Kalau supplement biasa kadang-kadang ia ada rasa pahit tetapi jus Caliph sedap diminum.
"Jika sebelum ini, saya selalu ada sifat malas tapi sejak amalkan makan Caliph, saya rasa lebih cergas dan dapat beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.
"Prestasi saya pun semakin meningkat dan saya boleh skor dalam peperiksaan. Misalnya keputusan peperiksaan yang lalu untuk matapelajaran bahasa Inggeris saya dapat markah 99 per 100," katanya yang mengamalkan pengambilan produk tersebut dua kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.
Sementara penyanyi dan ikon media sosial, Fynn Jamal yang juga dipilih sebagai duta produk tersebut turut berkongsi mengenai perubahan positif yang dialami oleh anaknya, Arjuna yang kini berusia 4 tahun dan mempunyai penyakit Autisme.
"Saya beri Arjuna minum Caliph. Selepas seminggu pertama saya mula nampak banyak perkembangan dan perubahan positif yang berlaku pada dia. Kalau selama ini dia memang susah hendak fokus tapi sejak minum Caliph, dia lebih tenang.
"Selama ni Juna hanya boleh makan nasi putih saja ataupun kadang-kadang nasi dengan lauk kari. Tapi sejak kebelakangan ini dia ada selera untuk makan makanan lain dan sudah pandai minta itu dan ini. Selain itu, tambah menggembirakan saya dia sudah pandai menulis nombor satu hingga sepuluh tanpa tunjuk ajar daripada sesiapa," kongsinya.
- mD