- Details
- Published on Wednesday, 13 January 2016 13:40
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tidak wujud kem latihan kumpulan militan IS di negara ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kem sedemikian ada di selatan Filipina. "
Siasatan mendapati tiada kem latihan sedemikian wujud di negara ini.
Mungkin di selatan Filipina ada kerana ada kumpulan pejuang di wilayah itu yang terang-terangan menyatakan sokongan kepada IS," katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perkhidmatan Polis Sekretariat ASEANAPOL di sini, hari ini.
-Berita Harian
