Get $25 free
loading...

Sazali Fail Rayuan Penggantungan Kepada PBBM Esok

Foto Fail: Sinar HarianFoto Fail: Sinar HarianKUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad yang dikenakan hukuman gantung empat tahun bermula 22 September lepas selepas gagal dalam ujian doping sebelum ini, akan menfailkan rayuan kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM), esok.

Pengurus peribadi Sazali, Hashrine Hashim yang juga isteri kepada jaguh bina badan negara itu memaklumkan beliau akan menemani Sazali selain seorang peguam yang dilantik oleh mereka untuk mengemukakan rayuan di pejabat PBBM, di sini.

"Kami masih mempunyai tempoh sehingga Ahad ini untuk mengemukakan rayuan kepada PBBM.

"Setelah mengadakan perbincangan dengan peguam yang dilantik, adalah lebih baik kami menfailkan rayuan kerana saya merasakan hukuman empat tahun yang dikenakan ke atas Sazali sebelum ini adalah terlalu berat," katanya hari ini.

Dalam pada itu, Hashrine menjelaskan Sazali tetap menjalani latihan seperti biasa di Gimnasium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil ketika ini namun mengakui agak tertekan dengan hukuman yang dikenakan selepas gagal dalam ujian doping sebelum ini.

-BERNAMA

Previous
Next Post »
loading...