Get $25 free
loading...

Penyokong Mahu Shahrom Kekal Kapten Selangor

Foto: Berita HarianFoto: Berita HarianKUALA LUMPUR: Penyokong Selangor tetap mahukan Shahrom Kalam untuk terus kekal sebagai kapten Merah Kuning bagi saingan musim ini.

Ini kerana pemain itu sudah menunjukkan kepemimpinan dalam membimbing pasukan tanpa bintang sehingga Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia dan menjadi naib juara Liga Super musim lalu.

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid, berkata pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan, perlu memberi peluang untuk Shahrom meneruskan tanggungjawabnya selaku kapten.

"Auranya masih segar selepas membantu Selangor menjulang Piala Malaysia, jadi tiada sebab untuk dia tidak boleh menjadi kapten musim ini.

"Jika dilucutkan selaku kapten, saya khuatir moralnya selaku pemain akan jatuh dan menjejaskan fokusnya ketika beraksi nanti," katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Sementara itu, wakil kelab penyokong 'Empire of Port Klang', Ahmad Zaini Juri, berkata Shahrom yang lebih senior dilihat sesuai menggalas tugas selaku kapten pasukan.

"Meskipun Razman pernah bermain untuk Selangor sebelum ketibaan Shahrom, namun dia dianggap seperti pemain baharu kerana baru menyertai Selangor musim ini.

"Jadi, kekalkan saja Shahrom untuk mengelak daripada perpecahan kerana kebanyakan pemain Selangor sudah selesa dengan dia selaku kapten," katanya.

-Berita Harian

Previous
Next Post »
loading...