Pada asasnya, mereka hanyalah ingin membentuk sebuah kerajaan melalui amalan demokrasi. Namun, tahun demi tahun, penggal demi penggal, mereka semakin ditenggelami dengan ketaksuban untuk membentuk sebuah kerajaan sehinggakan mereka sanggup bertindak menjadi pengkhianat kepada tanahair mereka sendiri. Inilah yang berlaku terhadap Pakatan Harapan hari ini.
Secara normalnya, tidak ada sesiapa pun yang terlibat di dalam politik begitu mendambakan kuasa apatah lagi pembentukan satu perikatan seperti Pakatan Harapan. Sudah tentu, mereka begitu mengidamkan kuasa mutlak sehingga mereka dapat membentuk sebuah kerajaan dari blok pembangkang buat pertama kalinya dalam sejarah politik pembangkang.
Jika mereka berusaha menerusi amalan demokrasi tiada apa salahnya dengan impian mereka. Cuma, apa yang disesali adalah, mereka tergamak menjual nama negara dengan upah berjuta-juta Ringgit hanya kerana inginkan campurtangan asing kedalam pentadbiran negara. Mereka sanggup mengada-adakan cerita dan fitnah hanya untuk menyaksikan kerajaan yang dipilih secara sah menerusi amalan demokrasi ini, diruntuhkan.
Pastinya kita sukar untuk melupakan bagaimana beberapa orang pemimpin pembangkang temasuk dua orang pemilik Malaysian Insider, Tong Kong Ooi dan rakannya, mengadakan pakatan sulit dengan bekas pengarah bahagian IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo untuk mengolah semula perjanjian antara 1MDB dan PetroSaudi untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Mereka telah menawarkan jutaan Ringgit pada Justo hanya untuk mendapatkan dokumen perjanjian asal sebelum mereka mengolah dan menyebarkan berita fitnah terhadap Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB kepada media antarabangsa seperti Sarawak Report, The Wall Street Journal dan beberapa akhbar dan media antarabangsa yang lain.
Kesemua ini didedahkan oleh Justo sendiri semasa dia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di kediamannya di Koh Samui. Malah, dia secaraa terang-terangan menyebut nama beberapa individu seperti Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa yang lain dalam pengakuan bersumpahnya di Mahakamah Thailand.
Tidak terhenti setakat itu, Nurul Izzah sendiri sanggup bergambar dengan Jacel Kiram, anak kepada pembunuh 9 orang anggota VAT 69 yang cuba menawan Sabah pada 2013. Semuanya dilakukan hanya kerana mahu mendapatkan sokongan Jacel bagi kempen membebaskan bapanya dari Penjara Sungai Buloh yang ditahan kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.
Pengkhianatan mereka diteruskan oleh dua orang hamba abdi kekal Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang yang dilihat menjadi ejen buat Mahathir membuat laporan palsu kepada pihak berkuasa antarabangsa. Malah, dipercayai, mereka berdua juga berkomplot dengan Bruno Manser dan Clare Rewcastle Brown untuk menerbitkan berita palsu terhadap kepimpinan negara.
Tidak terhenti setakat itu, mereka mencuba sebanyak dua kali untuk memburukkan kepimpinan negara menerusi badan kehakiman Amerika Syarikat, Department of Justice. Mereka menyebarkan pelbagai cerita kononnya Datuk Seri Mohd Najib lah individu yang dikaitkan dengan Malaysia Official 1 (MO1) dan mendakwa beliau akan ditahan oleh FBI sekiranya ke Amerika Syarikat.
Sehingga kini, beliau sudah dua kali ke Amerika Syarikat dan tidak ada sebarang penangkapan atau pendakwaan dilakukan oleh FBI dan DoJ. Nampaknya, mungkin mereka berhalusinasi atau terlebih melayan cerita-cerita penyiasatan seperi CSI ataupun filem-filem yang menayangkan kehebatan FBI sehingga tergamak memperbodohkan rakyat Malaysia.
Terbaru, nama Datuk S Ambiga, bekas Pengerusi BERSIH dan Pengerusi pergerakan Comanggo, satu gerakan LGBT dan beridealogi kebebasan mutlak, disebut oleh Clare Brown semasa disoal di sebuah mahkamah di London akibat saman yang dikemukakan oleh PAS.
Sebenarnya, pendedahan Clare ini langsung tidak mengejutkan kerana Ambiga sendiri cukup aktif dalam pergerakan antarabangsa sehingga terdorong membawa idealogi comanggo ke Malaysia. Sudah semestinya, dengan idealogi politik berteraskan pembangkang, dia dijadikan medium perantara buat pembangkang untuk menyampaikan deretan cerita palsu dan bohong kepada individu seperti Clare.
Persoalannya, sampai bila para pengkhianat negara ini harus dilepas bebas tanpa sebarang tindakan susulan untuk mengheret mereka kemuka pengadilan? Bukan sedikit kerosakan yang dilakukan oleh mereka dan sudah menjadi satu kewajiban buat kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan keatas mereka yang bertanggungjawab cuba memusnahkan institusi pentadbiran negara dengan menjemput kuasa asing kedalam negara ini.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini