Get $25 free
loading...

TPPA: Pemuda UMNO Juga Bimbang

KUALA LUMPUR : Pemuda Umno akui mempunyai kebimbangan terhadap perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang bakal dibahaskan di Parlimen, hujung bulan ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dua perkara yang menjadi kebimbanganny melibatkan hasil kajian kos faedah yang dikeluarkan, tahun lalu.

Sehubungan itu, pihaknya melalui Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) akan menganjurkan satu sesi berkenaan TPP, Sabtu ini.

"Selepas sesi itu, saya akan minta biro yang berkenaan jumpa MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) untuk bentangkan hasil dapatan kepada Datuk Seri Mustafa Mohamed sebelum sesi Parlimen sebab kita pun ada kekhuatiran juga, ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di sini, semalam.

Menyentuh soal dua kebimbangannya itu, Khairy berkata, pihaknya mahu penjelasan sama ada kajian yang dijalankan benar-benar berdasarkan fakta atau hanya andaian.

Beliau juga membangkitkan soal hasil kajian yang hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat besar yang dikatakan mendapat banyak faedah.

"Dalam kajian itu kata KDNK kita boleh melonjak sekian banyak. Jadi, kita nak semak sama ada kajian itu tepat atau tidak ataupun bergantung kepada andaian yang tidak boleh dijamin berlaku atau tidak.

"Kedua, impak TPP ini kepada usahawan-usahawan tempatan kecil dan sederhana sebab kita dapati kajian itu banyak beri fokus kepada syarikat besar dan syarikat antarabangsa.

"Seolah-olah nampak tiada perhubungan yang menyeluruh dengan usahawan tempatan. Jadi, perkara ini kita perlu perhalusi," katanya.

-Sinar Harian

Previous
Next Post »
loading...