Get $25 free
loading...

Tak Manis Berselfie Ketika Menyusukan Anak - Yana

..

Meskipun belum mempunyai pengalaman sebagai ibu namun pelakon Yana Samsuddin berpendapat tindakan segelintir golongan ibu agar tidak memuat naik gambar selfie ketika sedang menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka sebagai sesuatu yang tidak manis. Lebih-lebih lagi sebagai wanita Timur meskipun foto selfie yang dipaparkan tidak mendedahkan kulit mereka.

Menurutnya, sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak.

"Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu.

"Tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia tidak manis dipandang," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Yana berkata demikian bagi mengulas mengenai statusnya di Facebook tentang kaum ibu yang gemar memuat naik gambar selfie ketika sedang menyusukan anak tanpa menutup dada dengan sebarang kain.

Status itu dimuat naik berikutan isu viral di laman sosial 'Amran Fans' mengkritik golongan ibu yang suka mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak masing-masing.

Perkara itu membuatkan ramai wanita yang tidak berpuas hati dengan status tersebut dan memuat naik lebih banyak gambar mereka sedang menyusukan anak.

Kata Yana, pada zaman moden yang menyediakan pelbagai alternatif lain untuk menyusukan anak seperti kain 'apron', para ibu sepatutnya menggunakan kemudahan tersebut.

Dia juga menyifatkan isu tersebut juga akan menjadi pengajaran untuknya apabila bergelar ibu satu hari nanti.

 

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...