Get $25 free
loading...

PM Imbau Kenangan Bersama Bapa Di Memorial Tun Abdul Razak

KUALA LUMPUR: Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, menerusi akaun Facebook beliau berkongsi kenangan bersama arwah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Najib memuatnaik beberapa keping gambarnya di sekitar Memorial Tun Abdul Razak yang dahulunya merupakan kediaman beliau dan keluarganya.

“Didikan zaman kanak-kanak menjadi asas pembentukan peribadi seseorang. Begitu banyak kenangan di laman ini bersama Allahyarham Tun Razak dah ahli-ahli keluarga lain,” katanya di Facebook.

Tun Razak merupakan Perdana Menteri ke-2 selepas Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj digelar Bapa Pembangunan ekoran legasinya memperkenalkan sistem ekonomi antara kaum lebih adil disamping melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tun Razak dan isterinya, Toh Puan Rahah Mohammad Noah dikurniakan lima cahaya mata; Datuk Seri Najib Razak, Datuk Nazim Razak, Datuk johari Razak, Datuk Nizam Razak, dan Datuk Seri Nazir Razak.

Sempena memperingati pemergian Allahyarham Tun Razak yang memasuki tahun ke-40 hari ini, Astro bakal menyiarkan dokmentari bertajuk 'Tun Abdul Razak: 40 Tahun Dalam Kenangan' disaluran Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluran 135) pada jam 9 malam.

Menyusul selepas itu, dokumentari 'A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak' akan disiarkan di National Geographic Channel (saluran 533), National Geographic Channel HD (saluran 573) dan Astro Awani (saluran 501) pada jam 10

-mD

Previous
Next Post »
loading...