Get $25 free
loading...

A. Aida Tawar RM20,000 Demi Kamera Bernilai RM100,000

..

Penerbit Datuk A. Aida melahirkan rasa kecewa dengan sikap jurukamera dan pembantu jurukamera kerana meninggalkan kamera berharga RM100,000 di dalam van ketika pergi sarapan di sebuah kedai berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2).

Memetik laporan Utusan, pemilik A. Aida Production Sdn. Bhd. itu berkata, jika kru berkenaan ada rasa tanggungjawab sudah pasti kamera itu akan dibawa ke mana sahaja mereka pergi, hatta dalam tandas sekalipun.

“Kita semua sedia maklum, kamera ibarat nyawa atau ‘isteri kedua’ kepada seorang jurukamera atau jurufoto. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya meninggalkan barang itu tanpa pemerhatian, malah kalau ke tandas sekalipun akan dibawa, apalagi kalau ke kedai makan.

“Sesungguhnya saya amat kecewa dengan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab itu. Cakap memanglah senang, dah nak berlaku. Tapi yang keluarkan duit membeli kamera itu saya lagipun baru sebulan kamera itu dibeli. Memandangkan saya mengalami kerugian RM100,000, saya telah membuat laporan polis pada hari kejadian itu juga iaitu pada 11 Disember lalu,” katanya.

Difahamkan ini bukan kali pertama A.Aida mengalami kerugian kerana sebelum ini pun sudah ada. Tambahan pula dia menjalankan perniagaan sewa beli peralatan penggambaran.

Bagaimanapun Aida tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap krunya atas dasar perikemanusian.

Katanya, selain menunggu siasatan polis, dia juga berusaha berdoa dan meminta ibu juga beberapa sekolah tahfiz melakukan solat hajat. Selain itu dia juga turut menawarkan hadiah wang RM20,000 sebagai ganjaran untuk sesiapa yang dapat pulangkan semula kamera berkenaan.

Kamera tersebut adalah kamera ketujuh milik produksi dan setakat ini hanya ada kira-kira 50 buah sahaja di Malaysia.

"Kenapa saya sanggup tawar wang sebanyak itu kerana kamera Sony SS7 itu yang paling terkini dan ia boleh digunakan untuk penggambaran filem dan drama. Saya berdoa agar kamera yang digunakan untuk penggambaran telefilem Kolam Cinta arahan Murali Abdullah itu berjaya ditemui semula,” jelasnya.

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...