Get $25 free
loading...

Perkara Yang Ditunggu-tunggu, Bakal Jadi Sebutan di Tahun 2016

..

Memasuki minggu kedua tahun 2016, dunia hiburan tanah air mahupun antarabangsa sudah mula panas dan sensasi bukan saja tentang perkembangan kerjaya artis dan penggiat seni tapi pastinya berita-berita, isu dan kontroversi. Apa lagi yang dijangka hangat dan bakal jadi sebutan dunia hiburan tempatan sepanjang tahun ini?


'Wedding of The Year'

..

Kalendar awal tahun 2016 dunia hiburan tanah air akan tertumpu pada pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang bakal mengakhiri hubungan mereka selama enam tahun ke jinjang pelamin pada 8 Februari depan. Ramai tidak sabar mahu menyaksikan bagaimanakah agaknya kemeriahan majlis yang yang mendapat tajaan berjumlah RM25 juta sekaligus disifatkan sebagai 'Wedding of The Year' ini.


Terlanjur menyebut tentang perkahwinan, tentu juga ramai turut menantikan berita baik daripada pasangan terhangat lain antaranya, Amyra Rosli & Amar Baharin, Izara Aishah & Adib Khalid, Nora Danish & Nedim dan pasangan kontroversi Zahirah MacWilson.


Viral Media Sosial

..
Amirudin Hizadin. Pemuda disebalik lagu Mana Hilangnya Bintang 2,6 billon. Lagu ciptaan anak muda dari Kedah ini menerima lebih 100,000 tontonan sejak dimuat naik di laman YouTube, sekitar November tahun lalu. Difahamkan lagu tersebut lahir dari kekecewaannya kerana terpaksa membelanjakan kira-kira RM50 untuk mengambil pengangkutan awam ke Kuala Lumpur dan kemudiannya lewat tiba untuk satu mesyuarat dengan seorang bakal rakan niaga.


Walaupun videonya mencipta gelombang di media sosial, difahamkan dia masih menjalani kehidupan seperti biasa - masih ke sana sini menggunakan basikalnya, melainkan jika beliau perlu keluar daripada Putrajaya untuk urusan perniagaannya - dalam keadaan itu, dia tidak mempunyai pilihan selain mengambil pengangkutan awam. Amiruddin berharap akan mendapat tawaran merakam lagu satu hari nanti.

 

..
Mula minat bermain gitar ketika di usianya 2 tahun setengah, sementara di usia 13 tahun, Melvyn Gnai berjaya memukau penonton dengan kemahiran dan jari jemarinya ('fingerstyle') bermain alat muzik seperti gitar dan ukelele dengan gaya yang cukup mengagumkan. Bakatnya itu juga telah memahatkan namanya di peringkat antarabangsa.

Anak muda ini kini pernah menyertai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya, 'American Protoge Music Talent Competition 2014' (di mana dia memenangi tempat pertama menerusi kategori gitar dan tempat kedua kategori Ukelele pada pertandingan yang sama, sekitar tahun lalu). Melvyn juga pernah membuat persembahan di Amerika Syarikat dan Amsterdam.

 

..

Beliau bukan selebriti namun nama YB Khairy Jamaluddin (KJ) tidak boleh disangkal sebagai antara figura berstatus VIP yang sentiasa mencuri tumpuan rakyat tak ketinggalan dunia info-taiment apatalgi jika beliau memuat naik status-status berkaitan isu semasa di laman sosial. Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan ini tersenarai dalam pencalonan kategori ‘Bintang Online MeleTOP’ Anugerah Meletop Era 2016. KJ pernah mencipta sejarah tersendiri dalam dunia info-taiment apabila dipilih sebagai 'Wired Celebrity' Anugerah Shout! Awards 2013. Siapa tahu, trofi ‘Bintang Online MeleTOP’ tahun ini milik YB.


Jutawan Kosmetik 'Overshadow' Lagi?

..

Kedua-dua figura ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak masing-masing bertindak sebagai penaja utama menerusi beberapa hiburan terbitan saluran televisyen tanah air dengan tajaan jutaan ringgit, mereka bukan sekadar mencipta fenomena tetapi misi Datuk Vida mahupun Datuk Aliff Syukri mahu menjadi inspirasi kepada ramai orang membuahkan hasil. Meskipun dikritik gara-gara menunjukkan kekayaan masing-masing namun dua figura ini kebal dan dijangka akan terus menjadi antara nama terpenting dalam senarai kredit dalam dunia hiburan sepanjang tahun ini. Terlajak Puteh 'oversahdow' lagi u'olls...

..

Seorang lagi figura iaitu anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati yang dikenali sebagai Rita atau nama sebenarnya Lawiya Erni Dekritawati Yuliana Bukhari juga nampaknya sudah mula mengorak langkah menempat nama dan produknya yang popular dengan trademark "nampak lawa, nampak lawa", selepas menaja Anugerah Akademi Fantasia tahun lalu.


Bintang Realiti, Anak Menteri Bikin Hits

..

Tidak menjadi juara AF tidak mengapa. Siapa sangka, bakatnya kini lebih menyerlah berbanding teman seangkatannya yang lain. Menerusi debut yang kini menjadi siulan ramai, Hidup Dalam Mati, penyanyi berusia 23 tahun ini sekarang sedang mengecap populariti mendadak. Impresif, Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih mesra dengan panggilan Syamel tersenarai dalam pencalonan Anugerah Meletop Era 2016 menerusi dua kategori iaitu Penyanyi Meletop dan Artis Baru Meletop. Siapa tahu, ABPBH tahun ini turut menyenaraikan namanya setidak-tidaknya Artis Baru Popular. Atau mungkin ada tuah pada lagunya untuk AJL tahun depan ataupun mungkin ada kejayaan yang akan dicipta pada Anugerah Industri Muzik (AIM) atau Anugerah Planet Muzik (APM).

 

..

Tengku Nadira Munawarah Tengku Adnan atau Nadira. Lahir di London pada 7 September 1997, gadis berusia 18 tahun ini sukse membuat namanya disebut-sebut oleh peminat muzik di negara Seberang menerusi lagu Cinta Datang dan Pergi, penyanyi kacak Indonesia, Al- Ghazali. Media Indonsia melaporkan Nadira didakwa sedang menjalin hubungan istimewa dengan Al-Ghazali.

Media Indonesia melaporkan, Nadira kini menetap dan ‘berguru’ di Indonesia. Selain, anak kepada Menteri Wilayah & Persekutuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ini juga sudah merakamkan lagu bersama seorang lagi penyanyi dari negara tersebut, Glen Fredly.


Tetap Curi Tumpuan

..

Meskipun lakonannya belum betul-betul meyakinkan ramai pihak namun tidak dinafi sekitar tahun lalu pelakon berdarah kacukan Inggeris-Melayu ini berjaya mencuri tumpuan ekoran beberapa isu kontroversi dan gosip hangat yang mengaitkan dirinya. Sudah popular, dan tentu menanti-nantikan apa saja cerita Zahirah Macwilson dan rasanya tidak boleh anak pelakon dan pembaca berita, Zainol MacWilson ini menggunakan peluang untuk membuat namanya terus disebut-sebut.

Tapi jangan dilupa, bakat baru seperti Janna Nick, Mira Filzah, Nadia Brian dan gadis yang wajahnya mirip Ruhaines yang semakin menyerlah juga tak kurang akan menjadi bualan dan perhatian.

Sensasi Anak-anak Selebriti

 ..

Keterbukaan sebilangan pasangan selebriti berkongsi gambar atau gelagat anak masing-masing sentiasa mencuri tumpuan ramai. Tidak mustahil di tahun 2016 ini industri bakal dimeriahkan lagi dengan anak-anak selebriti dan tidak mengejut jika kemunculan mereka lebih popular daripada ibu bapa mereka sendiri.

semestinya ramai menantikan kemunculan Aaisha Dhia Rana menerusi drama Kak Mar yang akan ditayangkan di TV3. Anak kesayangan Nabila Huda, Keisha Laila, dikatakan semakin suka beraksi di pentas teater. Lara Alana mungkin akan menghiasi lebih banyak lagi iklan komersial selepas debutnya menerusi iklan Yakutl. Sementara Yahaira Leane iaitu puteri kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry, hah yang itu kemunculannya eksklusif.


Konsert, Filem Wajib Tengok

..

Setakat atikel ini ditulis, selain filem Ola Bola yang akan ditayangkan mulai 28 Januari, filem Mat Motor yang bakal ditayangkan mulai 14 Januari ini antara filem yang ditunggu-tunggu. Mulai 28 Februari bakal ditayangkan filem arahan Syamsul Yusof berjudul Munafik. Sementara kartun animasi yang mencetus fenomena, Boboiboy ke layar perak dan bakal menemui penonton pada 3 Mac 2016.

Industri perfileman di Hollywood pula telah menyenaraikan filem yang ditunggu dan wajib ditonton antaranya, filem adaptasi komik adiwira, 'DeadPool' yang akan ditayangkan pada Februari). Filem yang akan ditayangkan pada Mac 'Knight of Cup' (lakonan Christian Bale), 'Batman v Superman: Dawn of Justice'. Filem The Jungle Book pada April. Manakala pada Mei bakal ditayangkan intilasi ke-9 X-Men, X-Men Apocalypse dan karya arahan Jodie Foster sementara lakonan George Clooney dan Julia Roberts berjudul Money Monster. Filem Independence Day: Resurgence pada Jun. Filem Ghostbusters dan Star Trek Beyond pada Julai. Bridget Jones’s Baby dan The Magnificent Seven pada September. Filem The Girl on the Train pada October. Doctor Strange pada November. Filem Rogue One: A Star Wars Story, Passengers dan Jumanji pada Disember.

Jika di pentas antarabangsa menantikan konsert jelajah pelantun Hello, Adele, yang dijangka akan berlangsung dalam tahun ini. Selain kumpulan The Gorillaz bakal melancarkan album terbaharu mereka. Rihanna pula khabarnya dalam prose menyiapkan rakaman album terbaharu.

Bakal menersukan fenomena, Konsert Gegar Vaganza yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 15, 16 & 17 Januari ini. Acara tahunan yang dinanti-nanti, Anugerah Juara Lagu yang ke-30 akan berlangsung pada 24 Januari ini.

Menyusul konsert yang mengabungkan lima penyanyi lelaki hebat Malaysia, Indonesia dan Singapura iaitu Afgan, Judika, Taufik Batisah, Hafiz dan Hazama. Konsert ini akan berlangsung pada 13 Februari depan.

..

Bulan Mac, dua konsert dari artis luar negara bakal berlangsung iaitu konsert kumpulan Australia, 5 Second of Summer pada 2 Mac di KL Live Center. 

..

Pada 12 Mac, kumpulan terkenal dari Korea Selatan, EXO bakal menggegarkan Stadium Merdeka dengan konsert EXO Planet #2: The EXO’luXion pada 12 Mac 2016.

 

- mD

 

Previous
Next Post »
loading...