Get $25 free
loading...

Fasha Kurus Bukan Kerana Isu Rumah Tangga

..

Pelakon Fasha Sandha menjelaskan dirinya kurus bukan kerana bersedih dek desas desus konflik rumah tangganya yang sejak beberapa minggu lalu hangat diperkatakan.

Katanya, dia mengalami penurunan berat badan kerana mengamalkan diet tidak makan di waktu malam selain turut mengamalkan produk kesihatan miliknya, Jemyma Official.

"Jangan salah anggap bahawa saya kurus kerana bersedih. Saya kurus kerana tak makan malam.

"Saya tak makan malam, saya gantikan dengan kolagen Seputeh Salju. Ia bukan sahaja menjadikan kulit saya lebih cantik malah perut saya sentiasa kenyang. "Saya minum dua kali sehari," katanya seperti yang dilaporkan BH online.

Pun begitu ibu dua cahaya mata ini mengakui sedang bersedih namun sebagai seorang wanita yang berdikari dia tidak mahu isu tersebut menganggu perjalanan rutin hariannya.

Ya betul, memang saya sedang bersedih. Tetapi saya seorang wanita yang tabah dan kuat. Saya tidak akan tunjukkan kesedihan saya. Sebagai wanita jangan jadikan alasan bersedih untuk menjadi 'serabai' dan tidak terurus.

"Kehidupan perlu diteruskan. Sebagai wanita kita harus berdikari setiap waktu," katanya.

Fasha dan Jejai berkahwin pada April tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Putra Rayfal dan Raysha Jemyma.

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...