- Details
- Published on Thursday, 07 January 2016 17:47
Foto: Berita HarianNARATHIWAT: Askar menemui bom buatan sendiri dan bahan-bahan untuk membuat bahan letupan yang disembunyi dalam ladang buah longan di daerah Rangae, dekat sini, hari ini.
Anggota Rejimen Ranger 45 menemui benda berkenaan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di daerah Bongo susulan maklumat bahawa militan dipercayai menyembunyikan bom yang diubah suai dan senjata api untuk melancarkan serangan.
Di bahagian belakang rumah itu, askar menemui bom seberat 10 kilogram yang diperbuat daripada kotak besi dan disembunyikan di bawah timbunan daun.
Kira-kira 30 meter dari situ, mereka menemui botol mengandungi beberapa keping batang besi sepanjang 5.08 sentimeter yang disembunyikan di bawah pokok kelapa dan tali pengikat raifal M16.
Sementara itu, pemilik ladang longan berkenaan, Lateh Dura-o, dibawa ke Ibu Pejabat rejimen untuk disoal siasat.
-Agensi