Get $25 free
loading...

Remy Bidas Dakwaan Ciplak Nama Rumi

..

Pelakon Remy Ishak, 34, menyangkal dakwaan beliau menciplak jenama Rumi daripada idea individu lain dan menjadikan nama itu sebagai jenama produk minyak wangi keluarannya.

Memetik laporan BH online, Remy berkata isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan kerana nama Rumi itu sendiri bukan milik mana-mana individu atau pernah dikomersialkan sebelum ini.

Selain itu, dia tertarik untuk mengetengahkan nama tersebut kerana nama berkenaan juga merupakan karakter lakonannya dalam drama bersiri, Rumi dan Jawi, karya Erma Fatima.

"Saya rasa isu ini tidak seharusnya timbul kerana saya sudah berbincang secara baik dengan pemilik produk yang turut menggunakan nama Rumi sebelum ini. Malah, mereka menghasilkan produk berbeza daripada saya," katanya.

"Nama Rumi itu sendiri adalah umum dan bukan milik sesiapa. Mengikut kajian yang dibuat sendiri, banyak pihak turut menggunakan nama itu untuk mempromosikan produk mereka seperti pinggan mangkuk, butik dan banyak lagi.

"Jenama Rumi dipilih kerana keunikan nama itu dan seiring dengan watak untuk drama bersiri lakonan saya," katanya.

 

Previous
Next Post »
loading...