Get $25 free
loading...

Naila Nurjenna Pengikat Kasih Zizie & Bung Mokhtar

Kredit foto Harian Metro.Kredit foto Harian Metro.

Pelakon Zizie Ezette mengakui kehadiran anak angkatnya yang berusia setahun diberi nama Naila Nurjenna dalam keluarganya sejak tahun lalu mengeratkan lagi hubungannya dengan suami, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Memetik laporan Harian Metro, Zizie berkata selepas beberapa lama menangguhkan hasrat mahu mengambil anak angkat, akhirnya sekitar tahun lalu sekembalinya mereka suami isteri dari mengerjakan umrah, hasrat itu dapat dilaksanakan.

"Sejak 2014 lagi hati saya kuat untuk mengambil anak angkat.

“Tahun lalu, saya bulatkan niat ke arah itu. Lagipun nak ambil anak angkat bukannya mudah kerana banyak prosedur yang perlu dilalui,” katanya.

Bergelar ibu membuatkan rutin harian Zizie berubah 360 darjah.

"Diakui masa saya semakin sibuk. Selain perlu fokus kepada perniagaan tudung, keutamaan saya juga terhadap anak.

"Alhamdulillah, saya dapat membahagikan masa dengan sebaik-baiknya. Sesibuk mana sekali pun, saya tetap mendahulukan perkara yang lebih penting iaitu keluarga," katanya.

Zizie juga memberitahu, pada Disember lalu genap enam tahun usia perkahwinannya. Berbeza daripada sambutan sebelumnya, kali ini kakak kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini meraikan ulang tahun perkahwinannya di China apabila suaminya menjalani rawatan kesihatan di sana.

"Sudah tiga bulan saya berulang-alik ke sana. Alhamdulillah, keadaan suami semakin pulih. Insya-Allah dia akan pulang ke tanah air minggu depan.

"Selain sibuk dengan perniagaan, pada masa sama saya perlu memberi tumpuan kepada suami," katanya yang juga menyatakan akan kembali berlakon selepas suaminya pulih sepenuhnya.

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...