Get $25 free
loading...

Operasi Bersih Kesan Bauksit Bermula

KUANTAN: Lebih 100 orang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) bagi memastikan kawasan terjejas akibat kesan perlombongan bauksit di sekitar daerah ini kembali bersih.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, semua agensi yang terlibat hadir pada sesi taklimat kira-kira pukul 10 pagi ini sebelum operasi pembersihan dimulakan di persimpangan jalan di Tanjung Pasir.

Katanya, jalan itu merupakan laluan utama lori membawa muatan bauksit dari Felda Bukit Goh di sini.

“Sebaik sahaja mendapat arahan daripada Pusat, semua gerak kerja pembersihan digerakkan mulai pagi ini,’’ katanya kepada pemberita sebentar tadi.

-Utusan Malaysia

Previous
Next Post »
loading...