Get $25 free
loading...

GEMPAR! FASHA SANDA JEJAI SAH BERCERAI TALAK SATU



Pelakon Fasha Sandha, sah bercerai talak satu dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 39, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi. Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang, sambil ditemani peguam serta beberapa rakan.

Fasha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1. Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7.


fasha

Pengesahan lafaz cerai itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, ketika prosiding tertutup dalam kamar. Jejai enggan memberikan sebarang komen ketika dihampiri media. Bagaimanapun, dia yang hadir bersama adik iparnya dilihat menangis teresak-esak sebaik meninggalkan mahkamah. 


CERAI ADALAH JALAN TERBAIK BUAT KEDUADUA BELAH PIHAK SAYA REDHA FASHA SANDHA


Kami tidak tahu kenapa, tetapi saat mendengar perkhabaran Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan Jejai, kami diam sebentar dan tidak dapat menggambarkan rasa sedih dan perit yang ditanggung oleh aktres itu kini.
Meskipun dalam linangan air mata dan rasa sedih yang amat, Fasha memberitahu beliau redha dengan segala ketentuan dan menjelaskan penceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
Buat masa ini, Fasha akan memberikan fokus seratus peratus buat anak-anak beliau dan meneruskan kehidupannya.
Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini. Saya redha dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya.
Sejak beberapa bulan lepas, spekulasi mengenai rumah tangga Fasha dan Jejai terus hangat diperkatakan. Malah, ada pihak yang berkata wujud orang ketiga yang menjadi batu api dan dalang dalam rumah tangga mereka.
Namun, Fasha dan Jejai masing-masing tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan status rumah tangga sehinggalah hari ini dimana Fasha dipercayai pergi ke mahkamah pagi tadi.

Kemudian, semua persoalan terjawab apabila beliau sah bercerai talak satu dengan Jejai pada jam 3 petang tadi di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

SAYA TAK ADA KOMEN APA APA TERIMA KASIH FASHA SANDHA


Dalam linangan air mata, pelakon, Fasha Sandha, 32, yang sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, mengucapkan terima kasih kepada wartawan sebaik dikerumuni selesai prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kira-kira jam 3.35 petang tadi.
“Saya tak ada komen apa apa. Terima kasih,” katanya.
Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang diedarkan, ibu tunggal kepada dua anak iaitu Putra Rayfal 2, dan Raysha Jemyma, 14 bulan, reda dengan apa yang sudah tertulis.
“Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini.
“Saya reda dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya,” kata Fasha sebelum meninggalkan mahkamah ditemani dua sahabatnya, penyanyi, Farahdhiya dan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita Susilawati.
Manakala Jejai yang ditemani rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum meninggalkan mahkamah.
Lafaz cerai itu dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab, kira-kira jam 3 petang secara tertutup.
Fasha memfailkan permohonan cerai pada 18 Januari lalu di mahkamah sama. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.
Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada April 2012.
Fasha%2Bdan%2BJejai2.jpg
Fasha%2Bdan%2BJejai4.jpg
Sumber: Berita Harian
Previous
Next Post »
loading...