Get $25 free
loading...

[DENGAN VIDEO] 'Jangan Cium Tangan Beta'

SEBUAH rakaman video yang menunjukkan putera Mahkota Maghribi, Putera Moulay El Hassan, 12, menjalankan tugas rasmi memeriksa barisan dalam satu majlis tersebar di laman sosial, hari ini.

Menerusi video berkenaan, putera Moulay El Hassan mencemar duli di majlis tersebut, sebelum berkenan memeriksa barisan dan berjalan di hadapan beberapa orang pembesar.

Apa yang menarik perhatian pengguna media sosial adalah tindakan putera kepada Raja Mohammed VI dan Puteri Lalla Salma itu yang dilihat tidak membenarkan mana-mana individu mencium tangannya.

Aksi lucu putera Diraja Maghribi itu jelas kelihatan apabila baginda menarik tangannya setiap kali pembesar menundukkan kepala untuk mencium tangannya.

Tindakan putera Mahkota itu yang tidak membenarkan para pembesar, mahupun pegawai tentera mencium tangannya, dengan terus berlalu pergi membuatkan hadirin seolah terpingga.

Bagaimanapun, pengguna media sosial dilihat memberi reaksi positif berikutan tindakan putera muda itu.

Rata-rata menyifatkan tindakan menarik tangan itu adalah sebagai menandakan bahawa baginda tidak berhak untuk mendapat penghormatan tersebut daripada individu yang lebih berusia.

Ini jelas dapat dilihat menerusi video tersebut bahawa rata-rata pembesar yang bersalam dengan baginda merupakan mereka yang lebih berusia.

Menurut laporan media, putera Moulay El Hassan mula menemani bapanya pada lawatan rasmi tahun lepas.

 

- mD

 

Previous
Next Post »
loading...